Berita gembira buat pemilik motosikal Adventure. Bridgestone telah mengumumkan tayar baru Battlax Adventurecross AX41, di jangka tiba di Australia pada Januari 2019.
Bridgestone Battlax Adventurecross AX41 menggabungkan jenama serta cengkaman dengan teknologi penempatan blok Battlax untuk memberikan prestasi yang ideal, terutama off road. Disamping mengekalkan ketahanan dan kestabilan.
Bridgestone menjanjikan Adventurecross AX41 yang baru dengan tahap prestasi off road yang terbaik disamping penambahbaikan teknikal.
Peningkatan kompaun adalah faktor penentuan mengimbangi ketahanan dan prestasi off road, di samping teknologi ‘Anti Irregular Wear‘ yang mengurangkan penggunaan tumit dan kaki di tepi trailing blok.
Bridgestone Battlax Adventurecross AX41 menawarkan prestasi berorientasi di luar jalan yang lebih tinggi daripada tayar sebelum iaitu A41, sambil mengekalkan tahap cengkaman dipermukaan yang kering dan kestabilan serta cengkaman di permukaan basah.
Bridgestone Battlax Adventurecross AX41 akan tersedia dalam saiz berikut mulai Januari 2019:
Depan
- 100/90 – 19 57Q TL
- 110/80 B 19 59Q TL
- 120/70 B 19 60Q TL
- 90/90 – 21 54Q TL
Belakang
- 130/80 B 17 65Q TL
- 140/80 B 17 67Q TL
- 150/70 B 17 69Q TL
- 170/60 B 17 72Q TL
- 150/70 B 18 70Q TL
Saiz tambahan yang dijangka pada bulan Januari 2020 termasuk:
Depan
- 100/90 – 18 56P TL
- 90/100 – 19 55P TL
- 80/100 – 21 51P TT
- 2.75 – 21 45P TT
- 3.00 – 21 51P TT
Belakang
- 120/90 – 16 63P TL
- 130/80 – 17 65P TL
- 120/90 – 17 64P TL
- 120/80 – 18 62P TL
- 120/90 – 18 65P TL
- 130/80 – 18 66P TL
- 4.60 – 17 62P TT
- 4.00 – 18 64P TL
- 4.10 – 18 59P TL
- 4.60 – 18 63P TT