Saman polis dan cara mudah buat bayaran atas talian

69278

Saman polis adalah menjadi suatu kewajiban kita untuk membayar. Di Malaysia, tunggakan bayaran atau rekod saman lampau membolehkan kita disekat dari memperbaharui lesen memandu ataupun cukai jalan kenderaan pada masa akan datang.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk pergi ke cawangan-cawangan polis trafik atau mesin atm bagi membuat bayaran saman, boleh juga membuat bayaran melalui atas talian (online). Lebih mudah bukan?

Bayaran saman polis/PDRM boleh dibuat melalui :

1. Portal Myeg

Bayar saman polis melalui portal Myeg
Portal Myeg

Langkah-langkah menggunakan portal Myeg:

  1. Layari laman sesawang Myeg dan mendaftar
  2. Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi
  3. Pilih pautan Polis Diraja Malaysia
  4. Pilih SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM
  5. Seterusnya pilih/masukkan maklumat untuk semakan, saman yang ingin dibayar, pilihan bayaran

2. Portal Rilek

Portal Rilek
Portal Rilek

Langkah-langkah menggunakan portal Rilek:

  1. Layari laman sesawang Rilek dan mendaftar
  2. Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi
  3. Pilih menu Search By dan pilih cara buat semakan
  4. Seterusnya pilih/masukkan maklumat anda, dan klik Next

Melalui atas talian, anda boleh membuat pembayaran saman polis dimana sahaja pada bila-bila masa, asalkan ada kemudahan internet.



Banyak pilihan pembayaran tersedia seperti Maybank2u, CimbClicks, BankIslam, kad kredit dan banyak lagi. Tetapi ada sedikit bayaran tambahan seperti RM2 caj perkhidmatan dan 6% (RM0.12) caj SST.

Diharap dengan panduan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana bagi membuat urusan bayaran saman. Jika ada sebarang soalan atau pandangan, sila tulis di ruangan komen di bawah.

10 KOMEN

  1. dah bayar kompound, kenapa ditambah lagi Service Tax (sst 6%)? tak cukup lagi ke duit saman ? 0.12 sen pun nak kaut ke? cukup laa “pau” Rm 300 satu saman.

    • Yg cas tu atas app myeg bang .. bkn pdrm yg cas tax .. klau abg tk nk bayar tax kna bayar di balai bang .. bru tkda tax

  2. kalau bayar saman di mesin atm adakah kena guna mesin deposit mesin atau mesin pengeluaran wang yang biasa kita guna untuk mengeluarkan wang….macam mana caranya…

  3. “Pelanggan yang dihormati.

    Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Pemeriksaan dan Pembayaran Trafik PDRM tidak dapat diakses buat sementara waktu melalui aplikasi dan portal mudah alih MyEG.

    Terima kasih.”

    benda ni sampai bila yer..?macam da lama je..sbb surat saman saya da hilang..ada cara lain ke..

  4. Saya nak bayar saman motor saya polis trafik secara online.. sekarang ini saya ada 4 saman motor saya dari polis trafik so saya nak bayar habis semua sekali 4 saman saya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here