Tips pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai

2474

Memeriksa dan mengenal pasti masalah yang ada pada kereta terpakai sebelum membelinya adalah sangat penting. Ia dapat membantu anda mengelak daripada mengeluarkan ribuan ringgit hanya untuk membaikinya.

Ini adalah tips pemeriksaan yang harus anda lakukan sebelum membeli mana-mana kereta terpakai:

1. Kebocoran pada minyak dan cecair penyejuk (coolant)

Anda harus memastikan bahawa kedua-dua tahap minyak dan cecair penyejuk berada di antara tanda minimum dan maksimum. Pastikan anda mengelap lebihan minyak pada dipstick sebelum memasukkannya semula untuk mendapatkan bacaan yang betul.

Anda juga harus mengesan jika terdapat sebarang lebihan berwarna putih pada dipstick. Ini kerana ia menunjukkan bahawa cecair pendingin telah bocor dan memasuki enjin. Pastikan juga tiada sebarang minyak dibawah kenderaan untuk pastikan tiada kebocoran minyak yang melampau.



2. Bunyi brek dan getaran

Dengar sebarang bunyi daripada brek sewaktu pandu uji kenderaan itu sebelum membelinya untuk memastikan keadaan brek masih elok. Jika terdapat sebarang getaran sewaktu anda memperlahankan kenderaan, ia mungkin menandakan bahawa cakera brek nya perlu ditukar.

Adalah lebih baik jika anda lakukan ujian brek kecemasan untuk menguji ketangkasan brek ketika menghentikan kenderaan. Namun ditegaskan anda harus melakukan ujian brek kecemasan ini di tempat yang selamat dan memaklumkan penumpang tentang apa yang anda bakal lakukan.

3. Klac dan gear

Sekiranya had perbatuan kereta terpakai itu tinggi, klac mungkin tidak berada dalam keadaan yang baik. pastikan mudah untuk anda menekan klac dan gear berfungsi dengan baik apabila anda melepaskan klac.

4. Tayar

Tayar yang mempunyai gelembung boleh dilihat dengan mudah. Pastikan ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 1.6mm. Pastikan juga keadaan tayar ganti masih dalam keadaan yang baik.

5. Keretakan pada cermin

Anda juga harus memeriksa keadaan cermin sekiranya terdapat keretakan dan calar. Ini kerana ia akan memakan kos yang tinggi untuk anda gantikan cermin baharu.

6. Keadaan fizikal kereta

Pastikan anda memeriksa keadaan luaran dan dalaman kereta. Pastikan tiada calar dan kerosakan serius pada luaran kereta. Manakala dari segi dalamannya, pastikan karpet tidak basah atau lembap serta keadaan kusyen dan tempat duduknya boleh dilaras.

Pemeriksaan-pemeriksaan ini sangat penting supaya anda tidak akan rugi setelah membeli kereta terpakai. Sebaiknya anda membeli kereta terpakai yang mempunyai rekod servis supaya anda boleh memastikan kereta dijaga dengan baik oleh pemilik sebelumnya.

Pastikan anda memeriksa dengan teliti keadaan kereta sebelum membeli supaya keselamatan anda terjaga dan tidak akan merugikan anda. Pilihan ditangan anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here