Victoria Bike Festival: Gegarkan Pulau Labuan

2198

Bermula dari tahun 2016 di bulan November, Pulau Labuan mengalu-alukan kedatangan bikers dengan hidangan Victoria Bike FestivalMarrafandie Mohd Kassim, anak muda yang tidak mengenal erti kekecewaan dan berjiwa kental juga seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi di Labuan.

Pada tahun 2016 telah memberanikan diri dengan berbekalkan sokongan dari kelab permotoran di Labuan serta suntikan dana dari Perbadanan Labuan telah memperjudikan nasib dengan mengadakan acara 1st Victoria Bike Festival.

Victoria Bike Festival 2018
Victoria Bike Festival 2018
Pendaftaran dan hadiah
Pendaftaran dan hadiah
Baju acara
Baju acara



Kalau di Terengganu, event permotoran di adakan di tepi laut, begitu juga dengan event Victoria Bike Festival. Lokasi yang cukup menarik serta di kenali di peringkat antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa (Labuan International Sea Sport Complex). Lokasi cukup cantik, di samping datang ke festival, bikers juga dapat menghirup udara laut yang segar.

Acara yang tidak pernah mengecewakan semenjak dari tahun 2016. Pertambahan kehadiran bikers dari luar Pulau Labuan cukup mengalakkan saban tahun.

Kemudahan feri yang tersedia ada juga membolehkan bikers merancang perjalanan ke Labuan dengan lebih teratur.

Acara ini bukan sekadar mengamit bikers dari Borneo sahaja, namun sehingga kini sokongan padu dari bikers di semenanjung tidak boleh di nafikan.

Kehadiran vendor-vendor dari semenanjung jelas memeriahkan lagi acara perkumpulan motosikal yang kedua terbesar di negeri Sabah. Penginapan mencukupi bagi menampung kehadiran pengunjung dari luar Labuan.

3rd Victoria Bike Festival 2018

Kini 2018, sekali lagi acara perkumpulan motosikal kedua terbesar di Negeri Sabah memperjudikan nasibnya. 3rd Victoria Bike Festival, dalam keperitan dan kekurangan dana.

Acara tetap diteruskan walaupun terpaksa mengorbankan duit poket sendiri. Acara yang akan bermula pada 2 hingga 4 nov menghidangkan pelbagai yang pasti membuat anda tidak menyesal untuk hadir.

Persembahan artis tempatan dan artis tanah air juga turut memeriahkan acara yang di tunggu-tunggu oleh bikers di Labuan.

Persoalannya adakah Victoria Bike Festival akan berkubur selepas ini? Kekangan ‘DANA”, sokongan pelbagai pihak setempat dialu-alukan demi merealisasikan satu-satu acara Perkumpulan Permotoran Tahunan Terbesar di Pulau Labuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here