Kia pamerkan koleksi SUV Telluride dan Forte GT di SEMA 2018

1553

Kia merupakan syarikat dari Korea telah pamerkan lima koleksi kereta utiliti sukan (SUV) Telluride di pameran SEMA bertempat di Las Vegas.

Satu daripada koleksi itu dibangunkan oleh pereka fesyen terkenal Brandon Maxwell.  SUV Telluride itu telah dipamerkan di New York Fashion Week 2018 September lepas.

Kia Telluride Horizon Roamer

Manakala empat SUV lain dibangunkan dengan perkongsian bersama  LGE-CTS Motorsports yang menggunakan tema Horizon Roamer, Cadet Leader, Desert Drifter dan Baja Glider.



SUV itu hadir dengan ciri-ciri hebat. Antara ciri-ciri itu adalah ia dilengkapi dengan lapan tempat duduk dan tayar berukuran 32-inci yang sesuai untuk jalan lasak.

Kia Telluride Cadet Leader

Selain itu jentera itu menggunakan sistem ekzos paip lurus dan hadir dengan warna yang menarik. SUV Telluride ini menggunakan enjin V-6 dan all-wheel drive.

Forte GT 2020

Kia juga pamerkan model Forte Gt 2020 di pameran SEMA itu. Jentera sedan itu bakal hadir dengan enjin turbocharge 201 hp, tayar 18-inci dan ekzos sport yang ditala.

 Pembeli boleh memilih untuk dapatkan Forte GT dengan transmisi manual enam-kelajuan atau transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here