Jualan PROTON meningkat 12.6% pada bulan Oktober

1603

Jualan kereta Proton meningkat sebanyak 12.6% pada bulan Oktober berikutan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sewaktu pelarasan pasaran automotif pada bulan September lalu.

Peningkatan sebanyak 569 unit berbanding bulan sebelumnya dengan jumlah jualan sebanyak 5.093 unit. Jumlah ini mencatatkan sedikit peningkatan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017.

Pegangan pasaran keseluruhan PROTON menurun pada bulan Oktober. Namun Oktober, jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk sepanjang tahun 2018 selain daripada tempoh jualan luar biasa dari bulan Jun sehingga September. Hal ini juga berlaku kerana didorong dengan GST berkadar sifar.



Proton X70
Proton X70

Pelancaran Proton X70 hanya berlaku pada akhir tahun ini namun titik pertumbuhan menunjukkan minat pelanggan semakin meningkat pada rangkaian kereta sedia ada.

Penerimaan pelanggan telah ditingkatkan oleh polisi harga menarik yang ditawarkan oleh PROTON. Pembeli dapat menikmati harga tanpa SST di mana Syarikat telah menyerap cukai tersebut untuk semua model miliknya. Tiada perubahan harga walaupun tempoh GST berkadar sifar telah berakhir dan penguatkuasaan SST pada bulan September yang lalu.

Bilangan cawangan 3S dan 4S baharu yang semakin banyak juga menyumbang kepada peningkatan imej jenama PROTON. Pada akhir bulan Oktober, sebanyak 113 permohonan cawangan telah pun diluluskan. Ia merupakan peningkatan sebanyak 104% berbanding sasaran asal iaitu 109 cawangan.

Jualan Proton - Rebat November
Jualan Proton – Rebat November

Sebelum cawangan-cawangan ini beroperasi, program-program latihan telah dijalankan untuk memastikan semua kakitangan jualan dan servis dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Tempahan Model X70

Model X70 telah ditempah sebanyak 10,000 unit sejak 8 September lalu. PROTON X70 telah menarik perhatian pembeli kereta melalui kombinasi reka bentuk yang menarik, ciri-ciri terkini serta prestasi pemanduan yang mengujakan.

Pelancaran platform tempahan dalam talian pada 17 Oktober turut membantu menaikkan tempahan. Tempahan kini boleh dibuat di mana-mana dengan adanya sambungan Internet.

Dengan harapan pasaran yang sangat tinggi, PROTON mengambil pelbagai langkah demi memastikan SUV baharu tersebut dapat memenuhi keperluan pelanggannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here