
Volvo hanya akan menggunakan satu nombor talian bebas tol untuk bantuan tepi jalan bermula 1 November.
Mereka kini menggunakan nombor 1-800-88-1728 sebagai talian bebas tol untuk semua pelanggan di seluruh Negara yang memerlukan khidmat bantuan tepi jalan.
Dimaklumkan bahawa nombor bebas tol kedua iaitu 1-800-80-6060 tidak lagi digunakan bermula 1 November 2018.
Semua panggilan menggunakan nombor ini akan disambungkan terus ke nombor bebas tol pertama sepanjang bulan November.
Hal ini dilakukan bagi memudahkan proses peralihan yang berlaku.