Mitsubishi lancar Triton/L200 baru

1725

Triton/L200 ini diperkenalkan MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) di Bangkok baru-baru ini. Ia dibangunkan dengan konsep ‘Kejuruteraan Melangkaui Keteguhan’.

‘Kejuruteraan Melangkaui Keteguhan’

Jentera ini dapat pembaruan dari segi penggayaan pada bahagian hadapan, pacuan empat roda yang dipertingkatkan dan dinaik taraf dari segi keselamatan.



Triton/L200 ini digayakan dengan konsep “Rock Solid” yang merangkumi rekaan luaran dan dalaman jentera itu. Pada bahagian hadapan, ia dilengkapi dengan garisan penutup enjin dan lampu hadapan tinggi Led. Rekaan baharu ini menyerlahkan lagi ciri maskulin dan ia tampak lebih agresif.

Pada bahagian sisi dan belakang pula ia diberikan bentuk melengkung bergaris kontra. Manakala bampar dan lampu direka teguh dengan bingkai menjadikan trak kelihatan lebih lebar dan moden.

Sistem 4WD baharu

Triton/L200 4WD baharu ini juga dilengkapi dengan sistem Super-Select 4WD, yang memberikan cengakaman optimum serta kawalan karakter mengikut permukaan jalan.

Ia juga hadir dengan sistem Easy-Select 4WD yang dapat memudahkan pertukaran mod pemanduan mengikut permukaan jalan yang bersesuaian. Kedua sistem ini dapat meningkatkan prestasi trak itu dilaluan off-road.

 Yang menariknya pada Triton baharu ini, ia dilengkapi dengan mod off-road terbaru iaitu Gravel, Mud/Snow, Sand dan Rock.Mod-mod ini mampu mengawal enjin, transmisi dan mampu mengurangkan gelinciran roda dengan memaksimumkan prestasi all-terrain dan self-extraction terutama dalam lumpur dan salji.

Triton/L200 4WD kini menggunakan transmisi 6 kelajuan automatik yang dapat berikan aliran kuasa lebih lancar dan pecutan berkuasa yang lebih baik.

Ciri Keselamatan yang diperbaharui

Triton masih mengekalkan ciri keselamatan kerangka jenis tangga berketahanan tinggi dengan struktur kabin perlindungan impak tinggi.

Antara sistem baharu yang diperkenalkan adalah Pengurangan Perlanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta dan Bantu Ubah Laluan (BSW dengan LCA), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Sistem Pengurangan Terlepas Pecutan Ultrasonik (UMS). Selain itu ia juga dilengkapi dengan Multi Around Monitor, yang memaparkan bird’s eye view pada sekitar kenderaan.

Triton/L200 4WD mula dijual pada 17 November di Thailand manakala Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal pertontonkan jentera ini di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018). Acara itu akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November sehingga 2 Disember 2018.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here