Dani Pedrosa Dinobatkan Legenda MotoGP

878

Juara dunia tiga kali Dani Pedrosa dinobatkan sebagai Legenda MotoGP sebelum menggantung jaket perlumbaan pada akhir 2018. Nama pelumba Sepanyol  tersebut telah tersenarai di MotoGP Hall of Fame di kejohanan MotoGP penutup tirai 2018 di Valencia.

Pedrosa yang pernah menjadi juara dunia di kelas 125  pada 2003, kelas 250 pada 2004 dan 2005, dan merupakan salah satu pelumba yang berjaya sepanjang masa di kelas utama.



Karier antarabangsa Pedrosa bermula pada tahun 2001 dalam 125 Kejohanan Dunia. Sebagai seorang rookie, dia mendapat dua podium. Pada tahun berikutnya, dia mendapat kemenangan pertama untuk menamatkan musim di tempat ketiga keseluruhan.

Tahun 2003 nasibnya bertambah baik di mana berjaya memenangi lima perlumbaan dan sekaligus merangkul gelaran Juara Dunia di kelas 125.

“Saya rasa MotoGP memberi saya banyak perkara dalam hidup kerana pada dasarnya saya sentiasa berada di sini dan belajar banyak dalam hidup berkat MotoGP. Dengan cara yang sama saya sangat gembira kerana dapat memberikan sesuatu yang lain kepada sukan ini. Ini bagus untuk kerana  kita membuka pintu untuk generasi baru.” luahan seorang legenda MotoGP Dani Pedrosa.

Dani  Pedrosa akan bersara pada penghujung 2018 dan kini menyertai barisan legenda MotoGP.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here