Kini Di Malaysia : ADIVA AD3

3841

Dulu semasa dipertontonkan model ini, kami menyangka ia hanya kabar angin, iaitu akan dibawa masuk ke negara kita pada penghujung tahun ini.Namun kami mungkin tersilap,kabar angin itu rupa-rupanya menjadi kenyataan.

Hujung minggu depan “motoqar” telah di jemput untuk acara pelancaran Adiva AD3 ini. Agak jauh ke utara lokasi pelancarannya.Agak pelik, dulu kami di pertontonkan oleh DNC Asiatic iaitu pengedar motosikal Demak dan MV Augusta.Adakah mereka yang akan menjadi pengedar model Skuter Tiga Roda ini?



Tetapi Demak telah menarik diri dalam pasaran dua roda di negara ini. Akhirnya terjawap teka teki tersebut bila “motoqar” mendapat jemputan dari Eurotech manufacturer bertempat di jitra,Kedah. Ini bermaksud Adiva AD3 akan berkongsi kilang pemasangan KTM versi CKD di Darulaman Industrial Estate, Bandar Darulaman.

Satu langkah yang dianggap berani oleh pengedar dengan membawa masuk jenama dari Itali ini. Walhal jika di kaji pasarannya mungkin terbatas,namun strategi perniagaan susah untuk di nilai melalui pandangan mata kasar.

 

Keunikan model ini ialah Skuter “berbumbung” di jangka mampu melindungi penunggang dan pembonceng dari sinaran matahari serta kebasahan hujan. Keistimewaannya bumbung ini boleh di lipat dan di simpan di ruang belakang. Di kabarkan ruang belakang juga tempat simpan barang dan beg bersaiz kabin.

Jelas sekarang Adiva di Malaysia di bawah naungan baru.Kami akan kongsikan dengan pembaca selepas pelancaran nanti.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here