Ford bakal melelong kereta pertama daripada Ford GT Heritage Edition di acara pembidaan Barrett-Jackson Scottsdale pada 19 Januari tahun depan.
Ford mengumumkan mereka bakal membina lebih banyak model Ford GT pada masa akan datang.
Ford GT Heritage Edition 2019 itu menggunakan sepenuhnya cat Gulf Oil seperti model terdahulu.
Jentera itu dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan daripada edisi itu.
Antara ciri istimewa pada jentera itu adalah seperti cat warna biru dan jingga serta angka 9 yang ditonjolkan pada bahagian pintu dan bonet hadapan kereta.
Selain itu, ciri istimewa yang turut hadir pada jentera ini ialah roda yang diperbuat daripada aluminium, calipers brek berwarna jingga dan reka bentuk dalaman warna hitam Alcantara dipadankan dengan kemasan warna biru dan jingga.
Sebagai bonus tambahan, wang daripada jualan lelong itu akan disalurkan kepada badan kebajikan United Way di Michigan Selatan.
Ford GT Heritage Edition 2019 ini diklasifikasikan sebagai jentera yang sukar untuk dimiliki. Ini mungkin disebabkan oleh harganya yang mahal.
Ia dijangkakan akan dibida lebih mahal daripada jentera John Cena yang dibida dengan harga $1.4 juta (RM 5.8juta).