Roda cetakan 3D lebih kuat dan ringan

1320

Syarikat pereka roda kenderaan HRE mengatakan bahawa roda cetakan 3D (3-dimensi) mampu menghasilkan roda yang ringan dan kuat untuk supercar.

HRE bekerjasama dengan GE Additives untuk membina roda aluminium cetakan 3D dengan teknologi EBM yang merupakan sejenis teknologi cetakan 3D.

Roda prototaip yang dikenali sebagai HRE3D+ itu menunjukkan peratusan tinggi untuk menghasilkan roda cetakan 3D yang berkualiti.



Roda cetakan 3D

Penghasilan roda cetakan 3D itu menggunakan bahan seperti titanium dan bahan-bahan baru yang lain.

Acuan yang unik juga mudah untuk didapati menyebabkan ianya tidak mustahil untuk seseorang individu memilih sendiri reka bentuk roda yang mereka inginkan.

Roda prototaip HRE3D+ ini telah digunakan pada Mclaren P1 dan corak pada roda itu kelihatan sangat mengagumkan serta memberikan keringanan pada jentera.

HRE memberitahu bahawa titanium merupakan bahan yang sesuai menjadikan jentera lebih ringan dan kuat berbanding aluminium.

Biasanya, sebanyak 80 peratus daripada 45 kilogram blok aluminium buatan perlu dikurangkan sewaktu proses pembuatan roda.

Berbeza dengan roda 3D ini dimana hanya 5 peratus bahan yang perlu dikurangkan dan dikitar semula sepanjang proses pembinaan roda.

Kebaikan penggunaan cetakan 3d ini tersebar dengan pantas dan syarikat lain turut menggunakan cetakan 3D.

Koenigsegg telah membina ekzos dan turbochargers titanium menggunaka cetakan 3D untuk model One:1.

Manakala Bugatti pula membina brek kaliper titanium cetakan 3D yang besar untuk model Chiron dan masih dalam ujian.

HRE masih belum memberi maklumat tentang bila mereka akan keluarkan roda cetakan 3D itu. Namun dijangkakan mereka akan keluarkan roda itu tidak lama lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here