Pesta Karnival Orange datang lagi. Kali ini lokasi di Utara. Bagi peminat dua roda kawasan utara, jangan lepaskan peluang untuk melihat, mengetahui model terkini dan berpeluang menunggang uji model terkini motosikal KTM.
KTM Malaysia Berhad buat kali ke 2 mengadakan Pesta Karnival Orange pada tahun ini.Lokasi pesta kali ini ialah di Amanjaya Mall,Sg Petani,Kedah.Pesta yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 23 Nov dan berakhir pada 24 Nov nanti.
Pesta yang sama pernah diadakan di UTM Skudai,Johor pada bulan julai lalu.Sambutan cukup mengalakkan dari peminat dua roda di kawasan selatan.Hampir 2000 pengunjung meluangkan masa ke Karnival Orange tersebut termasuk rakan permotoran dari negara jiran Singapura.
Pesta Karnival Orange di Sg Petani diibaratkan pesta di kampung halaman.ini kerana negeri Kedah terletaknya kilang pemasangan motosikal CKD KTM dan pemilik KTM teramai di Malaysia datangnya dari utara.
Pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.Antara acara nya ialah,Fun Hana,Kempen servis dari pakar-pakar KTM, taklimat mengenai pelbagai model KTM,Menunggang uji motosikal KTM terkini dan acara yang paling di tunggu-tunggu cabutan bertuah.
Kepada pengunjung yang inginkan hadiah cabutan bertuah perlulah mendaftar di khemah urusetia di tapak pesta nanti.Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Grand Prize iaitu sebuah motosikal KTM 200 DUKE.