Nissan GT-R50 yang dibina oleh Italdesign bakal dibina dan dipasarkan tak lama lagi. Hanya 50 unit model edisi khas itu bakal dibina dan dipasarkan dengan harga lebih RM4.6juta ($1.12 juta).
Kereta itu direka bentuk sempena meraikan ulang tahun ke-50 model GT-R dan syarikat Italdesign.
Seperti biasa GT-R dipasarkan dengan harga yang sangat tinggi namun berbeza dengan GT-R50. Ini kerana walaupun ia mahal, pembinaannya tidak sama seperti jentera GT-R yang biasa.
GT-R Nismo yang sedia ada bakal diterbangkan ke Turin di Itali untuk melalui proses ubah suai oleh pereka bentuk Itali yang professional.
Sudah tentu proses pengubahsuaian dan pembinaanya tidak mudah dan memakan kos yang tinggi. Ia dilengkapi dengan banyak bahagian yang direka khas hanya untuk model ini.
Jentera ini telah ditonjolkan buat pertama kalinya sewaktu Goodwood Festival of Speed 2018 di United Kingdom.
Sama seperti model konsep yang dipertonjolkan, model yang dibina ini bakal menggunakan enjin turbo V6 3.8 liter yang mampu hasilkan 710 hp.
Walaupun model konsep yang dipertontonkan pada umum terdahulu berwarna kelabu, namun pembeli boleh memilih warna diinginkan termasuklah warna kabin.
Ia juga bakal dibina dengan dua jenis gentian karbon dan pereka model ini menukarkan panel instrument standard kepada unit digital seperti yang dilengkapkan pada kereta lumba.