[Video]-Pelumba Cub Prix kemalangan meninggal dunia

3247

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Mohd Hafiz Nor Azman, 22, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Difahamkan, kemalangan itu ketika pelumba sedang memasuki pusingan terakhir daripada keseluruhan 15 pusingan dalam perlumbaan berkenaan.



Pelumba berasal dari Perak itu disahkan meninggal dunia selepas tiba di Hospital Kota Tinggi selepas dalam kemalangan pada pusingan terakhir kejuaran, kira-kira pukul 4 petang.

Di bawah ini, ada video kemalangan itu.

Pelumba negara, Hafiz Nor Azman telah meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix di Bandar Penawar, Johor Darul Takzim yang berlangsung pada hari ini.Berusia yang 22 tahun, berasal dari Simpang Pulai Ipoh. Hafiz Nor Azman adalah pelumba muda yang berbakat besar dari negeri Perak.Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham, semoga bersabar dengan dugaan ini dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa.Al-Fatihah

Posted by Mynewshub on Sunday, December 16, 2018

Sementara itu, bapa mangsa, Nor Azman Mad Darus dipetik dalam Utusan Online berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang papan iklan yang berada tepi litar sehingga menyebabkan ia terkeluar ke tengah litar.

“Arwah yang ketika itu berada di belakang tidak sempat mengelak dan menyebabkan dia terlanggar penghadang tersebut,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

Jenazah Hafiz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Perak, hari ini.

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here