Apakah benar CFMoto 250NK akan masuk Malaysia?

3031

Andai benar desas desus yang kami dengar,maka bertambah lagi motosikal keluaran Negara China di negara kita. Antara sedar atau tidak boleh dikatakan hampir 20 peratus motosikal keluaran dari China sudah  menjalar di jalanraya negara kita. Berita yang kami terima model CFMoto 250NK akan memasuki pasaran negara kita seawal tahun 2019.

250NK

Model 250NK ini mempunyai 4 injap baru, DOHC, enjin silinder tunggal 250cc dengan aci keseimbangan menghasilkan tork 19.5kW dan 22Nm. Berat hanya 151KG dan dengan prestasi yang lincah, 250NK adalah sempurna untuk tunggangan di bandar atau mereka yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Di bahagian brek, 250K dilengkapi dengan  J.Juan, sebuah jenama Sepanyol,  juga digunakan pada 650NK, yang menyediakan kuasa brek yang mencukupi.



250NK

CFMoto 250NK dengan reka bentuk moden, prestasi sporty dan harga yang sangat kompetitif ,iaitu harga mampu milik.

Info terkini akan kami maklumkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here