Inilah wajah sebenar Toyota Supra generasi kelima

1718

Pasti ramai yang masih berteka-teki berkenaan imej reka bentuk model Toyota Supra yang bakal ditayangkan di Pameran Auto Detroit 2019.

Kini, anda dapat menyaksikan bayangan tentang rupa sebenar model ini seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Gambar ini menunjukkan rupa bentuk hadapan model Supra 2020. 



Reka bentuk yang dipamerkan ini sangat hampir kepada bayangan umum sebelum ia didedahkan, malah ia lebih memukau.

Rekaanya yang tampak menarik ditambah dengan reka bentuk garisan ke bumbung yang sangat maskulin dan pasti menarik perhatian ramai.

Rupa bentuk hadapannya yang agak kecil, saiz lampu hadapan dilihat mempunyai saiz yang agak besar dan memenuhi ruang. Muncung hadapan yang direka tampat padat pada rekaan hadapannya. 

Sementara terdapat dua corong udara menegak di sisi, yang mempunyai fungsinya tersendiri berbanding hanya hiasan semata.

Keseluruhannya, reka bentuk hadapan memberikan imej memukau bagi mata yang memandang.

Ciri-ciri rekaan utama yang menjadi identiti antara Supra generasi keempat, bukan lagi menjadi keutamaan pereka model ini.

Sekurang-kurangnya, reka bentuk hadapan model ini tidak lagi berinspirasikan lagenda Jepun berkenaan, sebaliknya ia lebih menyerupai kereta konsep FT-1.

Reka bentuk model berkenaan sememangnya sangat menarik dan hebat sejak lima tahun yang lalu. Toyota ternyata bertindak bijak dengan memanfaatkan reka bentuk dan melaksanakannya terhadap model baru ini.

Tidak mustahil, kita dapat menyaksikan pelbagai jenis reka bentuk yang lebih hebat dan menarik di Pameran Auto Detroit pada Januari tahun hadapan. Ikuti perkembangan selanjutnya.

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here