Geely Binyue SX11 ini buat apa di Genting Highlands?

3501

Kelibat Geely Binyue SX11 dilihat lagi! Kali ini di Genting Highlands, seperti sedang melakukan ujian pemanduan. Sebelum ini, pada Februari, prototaip yang dikatakan bakal menjadi Proton X50 itu dilihat di Bandaraya Melaka. Dikatakan juga kilang Proton di Tanjung Malim sedang dalam proses persediaan untuk memasang model-model dari Geely dengan pemanduan stereng kanan (right-hand drive).

Geely Binyue SX11

Walaupun jelas dari profail kenderaan ini bahawa ianya Binyue SX11, tidak dapat dipastikan sama ada ianya model pemanduan stereng kanan atau tidak, disebabkan faktor kualiti gambar.



Geely Binyue SX11 di Genting Highland

Dikenali secara rasmi sebagai Geely Binyue, SX11 ialah SUV kompak yang dibina dari platform modular BMA. Dengan ukuran 4,300mm x 1,800mm x 1,609mm serta jarak roda 2,600mm, ia berada tepat di dalam segmen-B.

Dari segi penampilan, Binyue SX11 mempunyai rekabentuk bergaya dan berjiwa muda, dengan rekaan kabin berkualiti. Kelengkapan lain termasuklah panoramic sunroof, brek parkir elektronik, dan sistem keselamatan termaju serta teknologi pemanduan berautonomi Level 2.

Di China, Binyue boleh didapati dengan dua pilihan powertrain. Pertama ialah 1.5-liter yang dibangun bersama Volvo, menghasilkan 174 hp dan 255 Nm, dipadan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

Pilihan kedua ialah unit 1.0-liter yang berkemampuan menghasilkan 134 hp dan 205 Nm tork, dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Jemput tonton video asal oleh rakan media kami, YS Khong:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here