Personaliti sukan permotoran dan juga drifter terkenal, Leona Chin, akan menyerikan pemanduan warga Waze Malaysia dengan suara Leona Chin akan terdapat pada aplikasi Waze anda untuk membantu warga Malaysia memandu dengan lebih selamat dan cekap.
Fungsi terbaharu ini adalah sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Untuk menepis perspektif bahawa atlet sukan permotoran merupakan seseorang yang serius dan maskulin, suara navigasi Leona adalah ceria dan menarik, yang sudah tentunya akan meletakkan para pemandu di jalan raya dalam mood baik.
Beliau memaklumkan tentang keadaan trafik, memberi tip-tip keselamatan praktikal dan juga peringatan seperti menjaga kelajuan dan memastikan tali pinggang keledar mereka dipasang.
“Apabila seseorang berfikir tentang sukan permotoran, saya rasa semua orang percaya bahawa ia adalah tentang kelajuan, tetapi sebenarnya, sebagai seorang atlet sukan permotoran, kami mementingkan keselamatan lebih daripada perkara lain. Walaupun sebelum kami masuki trek, kami perlu menyediakan diri sendiri, termasuklah memakai semua peralatan keselamatan yang diperlukan.
“Dan apabila kami sedang berlumba di atas trek, kami harus sentiasa peka akan para pemandu lain. Saya berasa amat gembira kerana di atas peluang ini kerana saya percaya akan kepentingan peringatan dan tip keselamatan untuk semua pengguna jalan raya. Saya mahu kesemua pemandu di Malaysia untuk beringat supaya tidak mengambil ringan keselamatan jalan raya!” kata pemandu lumba profesional yang berasal dari Selangor itu.
Ingin muat turun suara Leona Chin untuk Waze? Ikuti langkah-langkah berikut:
- Tekan Menu , selepas itu Tetapan.
- Tekan Suara & Bunyi.
- Tekan suara Waze.
- Pilih English (UK) – Leona Chin dari senarai yang terdapat dalam panduan suara.