Tunggang Kapcai dari Jauh Tapi Kena Tipu

1935

“Tunggang Kapcai dari Jauh Tapi Kena Tipu”. Itulah ungkapan yang boleh digambarkan kepada seorang remaja ingin mencari rezeki akhirnya terbantut.Janji tinggal janji.Rakan baiknya sendiri telah menipu.Bukan dekat pemuda tersebut menungang motosikal kapcai jenis Honda EX-5.Dari Kedah menuju ke Kuantan jarak melebihi dari 400km.

Kisah pilu remaja ini telah tular di media sosial.Menurut kisah,apabila remaja tersebut menyedari dirinya tertipu,beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke Kedah. Manusia hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.

Remaja teraniayai,rehat di tepi LPT2 keletihan setelah menolak motosikalnya

Ketika melalui LPT2 dekat dengan Kerteh,motosikal yang ditunggangnya kehabisan minyak.Remaja tersebut terpaksa menolak motosikalnya dalam keadaan panas terik.



Setelah tunggang kapcai dari jauh tapi kena tipu, remaja tersebut mendapat perhatian sepasang suami isteri yang kebetulan mengunakan laluan yang sama.Apabila mendengarkan kisah remaja tersebut,pasangan suami isteri itu terus hulurkan bantuan dengan menumpangkan remaja tersebut.

Suami Mumy Aisy,membantu remaja tersebut .Motosikal diangkut ke dalam lori

Motosikal remaja itu di bawa masuk ke dalam lori yang mereka naiki.Rupa-rupanya remaja tersebut hanya berbekalkan RM100 sejak memulakan perjalanan dari Kedah untuk ke Kuantan.Jelaslah remaja ini bukan setakat tertipu oleh rakan baik,malahan tidak berduit.

Sampai ke lokasi pam minyak

Terima kasih buat Mumy Aisy dan suami diatas jasa baik membantu remaja tersebut.Dan jutaan terima kasih sudi berkongsi kisah remaja ini di dalam laman facebooknya.Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita.Semoga remaja tersebut selamat sampai ke Kedah.

Remaja tersebut meneruskan perjalanan balik ke Kedah

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here