Ya, semua orang tahu bahawa menunggang motosikal itu baik untuk kesihatan mental dan fizikal, namun kali ini, sains juga berpendapat sama. Sebuah kajian oleh UCLA (University of California, Los Angeles) mendedahkan kebaikan dari sudut mental dan fizikal dengan aktiviti tunggang motosikal.
Ramai penunggang motosikal mengatakan bahawa tunggang motosikal mampu memberikan ketenangan jiwa bagi mereka. Kajian oleh UCLA ini nampaknya menyokong kenyataan tersebut.
Pengkaji-pengkaji merekodkan aktiviti otak, degupan jantung, tahap adrenalin, noradrenalin dan kortisol peserta kajian. Kesemua ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas bermotosikal, memandu kereta, dan berehat.
Ia menunjukkan bahawa bermotosikal meningkatkan tahap fokus dan perhatian, dan merendahkan tahap kortisol, iaitu hormon stres.
Dr Don Vaughn, saintis neuro yang mengetuai kajian itu berkata, “Tahap stres, terutamanya di kalangan dewasa muda, terus meningkat dan manusia mencari jalan untuk memperbaiki kesihatan mental dan fizikal mereka.
“Hanya baru-baru ini, teknologi untuk mengukur kesan aktiviti seperti bermotosikal terhadap otak baru wujud. Otak merupakan organ yang kompleks dan menakjubkan, jadi adalah menarik untuk mengkaji kesan mental dan fizikal penunggang motosikal. Perbezaan tindakbalas neurological dan physiological antara bermotosikal dan aktiviti lain agak ketara,” tambahnya.
Psychological stress
Dalam psikologi, stres adalah perasaan ketegangan dan tekanan. Tekanan adalah sejenis sakit psikologi. Jumlah tekanan yang kecil mungkin dikehendaki, bermanfaat, dan juga sihat. Stres positif membantu meningkatkan prestasi sukan. Ia juga memainkan faktor dalam motivasi, penyesuaian, dan reaksi terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, jumlah tekanan yang berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan tubuh. Tekanan boleh meningkatkan risiko strok, serangan jantung, bisul, dan penyakit mental seperti kemurungan.