Tak bayar PTPTN, anda mungkin disekat perbaharui lesen memandu

2675

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan sekatan pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pasport, pendaftaran perniagaan sekiranya peminjam culas membayar hutang.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid yang dipetik Berita Harian berkata, beberapa sekatan baharu itu mungkin akan diperkenalkan. Ini sekiranya peminjam tidak mahu menjelaskan hutang selain prestasi bayaran balik yang semakin rendah.

Tak bayar PTPTN, anda mungkin disekat perbaharui lesen memandu



Menurutnya, masalah pinjaman itu diburukkan lagi apabila hanya 49 peratus daripada keseluruhan tiga juta peminjam PTPTN melunaskan pinjaman mereka dan bakinya tidak membayar secara konsisten. Termasuk 19 peratus atau 356,000 peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman yang mencecah RM2.8 bilion.

Hutang PTPTN

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, iaitu lebih besar daripada 1MDB.

“Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion, katanya.

Justeru, beliau mengakui penguatkuasaan yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap peminjam melunaskan pinjaman. Termasuk mereka yang culas dan tidak pernah membayar pinjaman walaupun satu sen.

Sekatan ke luar negara

Sekatan perjalanan ke luar negara yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2018 dilihat berkesan untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman.

“Daripada satu juta peminjam yang disekat untuk ke luar negara dengan jumlah pinjaman sebanyak RM20.7 bilion, seramai 640,000 peminjam membayar sebanyak RM2 bilion.

“Ini menunjukkan penguatkuasaan yang lebih tegas amat berkesan untuk menggalakkan peminjam membayar balik pinjaman,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here