Marc Marquez memberikan keajaiban kepada Honda. Kemenangan di Grand Prix Perancis, merupakan kali ke 300 bagi Honda di dalam kelas premier perlumbaan MotoGP.
Mencipta sejarah sendiri, Kemenangan kali ke 300 bagi Honda ini membuatkan jenama itu menjadi pengeluar pertama mencapai kejayaan tersebut di kelas premier.
Yamaha merupakan pesaing utama dengan meraih kemenangan sebanyak 227 di kelas premier MotoGP.Di ikuti oleh MV Agusta (139), Suzuki (92) dan Ducati (47).
Honda mencatat kemenangan pertama di kelas premier MotoGp adalah pada tahun 1966. Jim Redman dan Honda RC181 pada 1966 di Hockenheim.
Mick Doohan adalah pelumba Honda yang paling berjaya di kelas premier perlumbaan motoGP dengan 54 kemenangan mengatasi Marc Marquez dengan 47 kemenangan.
Jumlah Kemenangan Honda di kelas premier MotoGP – 300
Nama Pelumba Jumlah Kemenangan
1. Mick Doohan 54
2. Marc Marquez 47
3. Valentino Rossi 33
4. Dani Pedrosa 31
5. Freddie Spencer 20
6. Wayne Gardner 18
7. Alex Criville 15
8. Casey Stoner 15
9. Mike Hailwood 8
10. Sete Gibernau 8
11. Alex Barros 6
13. Max Biaggi 5
14. Marco Melandri 5
15. Randy Mamola 4
16. Eddie Lawson 4
17. Tadayuki Okada 4
18. Nicky Hayden 3
19. Cal Crutchlow 3
20. Jim Redman 2
21. Luca Cadalora 2
22. Carlos Checa 2
23. Makoto Tamada 2
24. Takazumi Katayama 1
25. Pierfrancesco Chili 1
26. Daryl Beattie 1
27. Alberto Puig 1
28. Loris Capirossi 1
29. Tohru Ukawa 1
30. Toni Elias 1
31. Andrea Dovizioso 1
32. Jack Miller 1