Renault Megane RS rampas rekod Nurburgring Honda Civic Type-R

2104

Renault Megane RS Trophy-R kini merupakan pemegang rekod kereta FWD (pacuan roda-depan) terpantas di Nurburgring, mengalahkan Honda Civic Type-R.

Dengan catatan masa 7:40.100, Megane RS Trophy-R ini tiga saat lebih pantas dari catatan masa Type-R yang dilakukan dua tahun lepas.

Megane RS Trophy-R mengatasi rekod Nurburgring Honda Civic Type-R
Megane RS Trophy-R mengatasi rekod Nurburgring Honda Civic Type-R

Megane RS Trophy-R berkuasa 296hp dan 400Nm tork dari enjin 1.8-liter turbonya. Walaupun Megane RS mempunyai 24hp kurang dari Type-R, ia lebih ringan.



Dan untuk cubaan rekod ini, Renault “membuang” 130kg lagi barangan dalam kabin, casis dan badan Megane RS ini. Aerodinamiknya juga diubah untuk disesuaikan dengan litar yang digelar Green Hell itu.

Megane RS Trophy-R mengatasi rekod Nurburgring Honda Civic Type-R

Beberapa komponen lain yang berbeza dari Megane RS biasa termasuklah sistem ekzos Akrapovic yang lebih “lawas”, brek Brembo, suspensi Ohlins boleh-laras baharu, rim aloi lebih ringan, tayar Bridgestone lebih mencengkam dan sepasang tempat duduk karbon Sabelt.

Megane RS Trophy-R mengatasi rekod Nurburgring Honda Civic Type-R

Sama seperti Megane RS Trophy-R sebelum ini, tempat duduk belakangnya juga dicabut. Terdapat juga roda stereng Alcantara, harness perlumbaan dan bar-bar keselamatan dipasang.

Renault Megane RS
Renault Megane RS

Renault Megane RS 2019 telah membuat kemunculan sulungnya di sini bulan lepas. Pandu uji boleh mula dibuat bermula Ogos nanti di bilik pameran Renault Petaling Jaya.

Harga anggaran adalah RM279,888 untuk versi manual enam-kelajuan seperti yang anda lihat ini, dan RM299,888 untuk automatik dwi-klac EDC, juga enam-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here