Allahyarham Sudirman di Majlis Pelancaran Proton Saga

4975

Sempena hari kelahiran beliau hari ini, Motoqar dengan bangganya menerbitkan artikel dan foto-foto ini bagi mengimbas kembali Allahyarham Sudirman sewaktu menjayakan majlis pelancaran Kereta Nasional Pertama iaitu Proton Saga pada 1 September 1985. Dan beliau turut membuat persembahan di Pejabat Edaran Otomobil Nasional di Batu Tiga, Shah Alam.

Allahyarham Sudirman sewaktu menjayakan majlis pelancaran Kereta Nasional Pertama
Allahyarham Sudirman sewaktu menjayakan majlis pelancaran Kereta Nasional Pertama, Proton Saga, 1985. Dari kiri, Khadijah Ibrahim, Sudirman, Noorkumalasari.

Kereta Proton Saga Sudirman

Allahyarham Sudirman - nombor pendaftaran kereta, PROTON 108

PROTON 108 merupakan nombor pendaftaran kereta Proton Saga beliau pada masa itu. Allahyarham memang ada Proton Saganya sendiri, suatu dibanggakan bagi beliau kerana Proton Saga ketika itu satu-satunya kereta buatan Malaysia. Allahyarham terkenal dengan semangat patriotiknya yang cintakan tanah air. Walaupun tak pandai memandu beliau ada pemandunya sendiri, Nathan.



Sejarah Sudirman

Menurut Harian Metro, Sudirman yang dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 1954 juga pernah bekerja sebagai wartawan dan peguam sebelum mencipta nama sebagai penghibur.

Sudirman di The Royal Albert Hall, London
Sudirman di The Royal Albert Hall, London

Kerjaya seninya mula memuncak selepas memenangi pertandingan Bintang RTM. Dan selepas itu karya-karyanya memanjat carta muzik Malaysia hingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

Antara konsert Sudirman paling diingati ialah konsert percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April 1986. Konsert tersebut dihadiri lebih 100,000 penonton.

Diangkat menggunakan kren saat membuat persembahan, nama Sudirman disorak peminat-peminatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada 1989, nama Sudirman terus melebar sehingga ke pentas dunia. Dan memenangi gelaran Penghibur Terbaik Asia di Royal Albert Hall, London.

Google Doodle khas Allahyarham Sudirman

Google hari ini menggunakan lakaran atau doodle khas sempena hari ulang tahun kelahiran penyanyi legenda Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang ke-65.

Google Doodle Allahyarham Sudirman
Google Doodle Sudirman

Doodle itu juga dihasilkan untuk mengenang pencapaian Sudirman sebagai penyanyi, penulis, komposer, artis seni visual dan pelakon. Dan beliau juga pernah membanggakan nama Malaysia di pentas dunia.

Doodle gabungan warna merah jambu, ungu dan kuning itu menampilkan watak Sudirman sedang membuat persembahan berlatarkan lampu neon yang membentuk tulisan Google.

Jom layan foto-foto beliau bersama kereta Proton Saga di bawah. Klik/tap untuk besarkan foto.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here