Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin menjemput 120 kanak-kanak dari dua rumah anak-anak yatim ke majlis berbuka puasa di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC). Majlis itu turut dihadiri oleh pengurusan Naza Group dan 60 orang staf sukarelawan.
Acara tahunan itu adalah bertujuan memberi semula kepada masyarakat yang kurang bernasib baik sempena bulan Ramadhan yang mulia.
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang serta Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pengasas Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail dan keluarga, SM Nasarudin SM Nasimuddin, pengerusi eksekutif bersama kumpulan Naza Group dan pasangan, Marion Caunter Abdullah, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, pengerusi eksekutif bersama kumpulan Naza Group, SM Faliq SM Nasimuddin, timbalan pengerusi eksekutif kumpulan Naza Group dan pasangan Chryseis Tan, dan Nur Diana SM Nasimuddin serta Nur Nadia SM Nasimuddin, pengarah divisyen F&B Holdings.
Kanak-kanak ini juga menerima sumbangan pakaian baru, duit raya dan sumbangan kewangan bernilai hampir RM40,000 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Terdahulu pada 18 Mei, sukarelawan-sukarelawan dari yayasan bersama pemegang saham Naza Group melawat Wad Kanser Kanak-Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka sempat beramah-mesra bersama kanak-kanak itu dan terdapat aktiviti serta permainan. Sumbangan duit raya dan barangan Hari Raya turut dibuat.
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin melawat rumah orang-orang tua
Pada 21 Mei, Yayasan ini turut melawat Pusat Jagaan Al-Fikrah, rumah orang-orang tua yang terletak di Kajang. Mereka mengagihkan barangan keperluan seperti lampin dewasa, barangan tandas, penjagaan diri dan produk pembersihan.
Kemudian pada 25 Mei, delegasi sukarelawan diketuai oleh Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail bertemu dengan keluarga-keluarga asnaf. Yang mana bertempat di Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam. Lawatan itu bertujuan menghantar bekalan makanan seperti beras, minyak masak, gula dan garam.