Proton Exora RC bermula RM60k sahaja, kini ada “Hi Proton”

5431

Proton mendengar permintaan pelanggannya yang mahukan produk terkini bagi segmen MPV. Dengan itu, Proton Exora RC diperkenalkan. RC bermaksud Running Change dan membawakan penambahbaikan meliputi perubahan rekaan, peningkatan komponen kualiti serta ciri-ciri pintar.

Proton Exora RC 2019

Untuk Proton Exora 2019 ini, dua varian ditawarkan iaitu 1.6T Executive dan 1.6T Premium, masing-masing dengan harga lebih rendah iaitu RM59,800 dan RM66,800 sahaja.



Ciri pintar baharu Proton Exora RC 2019 

Proton Exora RC - GKUI

Disebabkan penambahbaikan utama adalah dari segi ciri-ciri pintar, jadi kita mulakan dengan itu. Exora RC 2019 merupakan model terkini Proton yang menerima sistem infotainmen pintar GKUI, dan seterusnya menjadi model pertama ditawarkan ciri sumpamanya dalam segmen ini.

Proton Exora RC

Hanya pada varian 1.6T Premium, unit infotainmen pintar dengan skrin sentuh 7-inci ini dioperasikan dengan kad eSIM yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan Internet mudah alih. Ini membolehkan pengguna mengakses muzik, navigasi dalam talian dan kemas kini cuaca, serta mendapat sambungan telefon pintar Android.

Unit ini juga menyokong fungsi arahan suara. Dengan hanya menyapa “Hi Proton”, pengguna boleh mengawal beberapa fungsi utama kenderaan seperti navigasi dan muzik.

Aspek sedia ada yang dipertingkat

Proton Exora RC 2019

Proton Exora 2019 digayakan dengan antena sirip ikan baharu, bumbung dicat hitam dan warna badan baharu Rosewood Maroon.

Proton Exora RC - kabin

Bahagian kabin pula diberi tempat duduk dengan balutan upholsteri baharu, panel meter baharu, cermin pandang belakang tanpa bingkai seperti pada Persona dan Iriz 2019.

Di bawah hud Exora ialah enjin Campro CFE 1.6-liter turbo yang menghasilkan 140PS dan 203Nm tork. Output ini dihantar ke roda depan menggunakan transmisi CVT.

Untuk keselamatan, Exora mendapat dua beg udara, ABS, ESC, EBD, tali pinggang dengan fungsi pengetat, pengesan undur dan kamera undur.

Pakej nilai tambah Proton Exora RC

Proton menawarkan empat pakej tambah nilai kepada pemilik Exora RC 2019 iaitu:

  • Upah percuma untuk 3 servis pertama
  • Pakej data internet percuma 1GB sebulan selama 5 tahun
  • Kadar faedah serendah 2.76%
  • Pakej insurans menarik jika diinsuranskan dengan panel-panel Proton

Di samping itu, terdapat pakej nilai tambahan istimewa iaitu:

  • Pakej servis percuma 5 tahun atau 11 kali untuk pelanggan yang membeli pada 2019
  • Cukai jalan percuma selama 2 tahun untuk 1,000 pembeli pertama (persendirian)

Dengan pengurangan harga, tambahan ciri-ciri dan pakej tambah nilai, ini bermakna Exora 1.6T Executive mendapat RM4,233 nilai tambah berbanding versi terdahulu. Exora 1.6T Premium pula mempunyai nilai tambah sebanyak RM5,652.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here