BMW Malaysia pertontonkan XXX yang seksi dan bergaya

3426

XXX yang dipertontonkan oleh BMW Malaysia itu sebenarnya adalah rangkaian tiga buah SUV (Sports Utility Vehicle) dan SAC (Sports Activity Coupe), iaitu X2 M35i, X4 xDrive30i dan X5 xDrive40i.

BMW Malaysia pertontonkan XXX
BMW Malaysia pertontonkan XXX

BMW X4 xDrive30i boleh didapati dengan harga RM380,000 sebelum insurans. Untuk X2 M35i dan X5 xDrive40i pula, anda harus bersabar dahulu. Ini kerana X2 hanya akan mula dilancar pada Julai nanti manakala X5 pada Ogos.



Namun BMW Malaysia telah mengumumkan harga bagi kedua-dua SUV ini, iaitu RM640,000 untuk X5 xDrive40i dan RM400,000 untuk X2 M35i. Kesemua tiga model BMW XXX diatas ditawarkan dengan waranti BMW tanpa had perbatuan 5-tahun, program servis percuma berjadual dan program waranti tayar BMW.

BMW X4 xDrive30i

BMW XXX - X4

BMW X4 menampilkan rekabentuk Coupe yang biasa anda lihat pada BMW X6 yang terkenal. Namun X4 xDrive30i dilengkapi ciri terkini seperti rekabentuk gril kidney yang lebih besar, lampu LED, dan cermin depan akustik untuk kabin lebih senyap.

Semua unit X4 di Malaysia ditawarkan dengan pakej M Sport bermakna ia dilengkapi kemasan luaran M, brek M Sport dan rim M 20-inci 699M.

BMW XXX - X4

Enjin 2.0-liter turbo empat-silinder padanya menjana 252hp dan 350Nm tork dan dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Steptronic Sport dan fungsi Launch Control.

Ini membolehkan X4 memecut dari pegun ke 100km/j dalam 6.3 saat hingga kelajuan maksima 240km/j.

Kelengkapan standard lain adalah pacuan semua-roda xDrive, Adaptive Suspension, Variable Sport Steering Wheel, pengunci pembeda elektronik, Hill-Start Assist, Hill-Descent Control dan Performance Control yang membahagikan kawalan enjin dan brek pada setiap roda untuk cara belokan lebih dinamik.

Empat warna warna ditawarkan iaitu Alpine White, Carbon Black, Flamenco Red dan Phytonic Blue. Kemasan kulit dalam kabin Black Vernasca boleh didapati dengan semua warna luaran, namun Tacora Red Vernasca hanya eksklusif untuk warna Alpine White dan Carbon Black.

BMW X5 xDrive40i

BMW XXX - X5, hadapan

BMW X5 terkini telah berkembang dari X5 sebelumnya sambil membawakan karakter dan komposisi asalnya yang ikonik. Gril depan kidney – sperti model BMW lain yang terkini – kini lebih besar. Ia turut menerima lampu depan LED adaptif.

Varian M Sport ini turut diberikan rim aloi 20-inci M, brek M Sport biru gelap dengan logo BMW M, dan paip ekzos besar.

BMW XXX - X5

Enjin petrol enam-slinder bersesaran 3.0-liter kini lebih cekap dan berkuasa, menghasilkan 340hp dan 450Nm tork. Dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic, X5 mampu memecut ke 100km/j dalam 5.5 saat sahaja. Kelajuan maksima pula ialah 243km/j.

Casisnya dilengkapi Adaptive M Suspension yang boleh ditala untuk memberi keselesaan atau dinamik pemanduan. Mekanikal suspensi adalah double-wishbone di depan dan five-link di belakang.

DNA M Sport diteruskan di dalam kabin X5 dengan stereng M dengan paddle-shifters, pedal M, dan kemasan ambang pintu M. Ciri lain adalah pendingin udara 4-zon, teknologi hiburan tempat duduk belakang dan bumbung panoramik.

Ciri terbaharu pada X5 ialah penutup kargo yang boleh dioperasikan dengan kuasa elektrik dan dengan Comfort Access, pintu but belakang dengan bukaan unik yang berkuasa, dibuka dan ditutup dengan hanya menekan butang.

Dari segi teknologi, X5 xDrive40i mendapat BMW Live Cockpit Professional, Navigation Professional, BMW Operating System 7.0 dan Head-Up Display. Terdapat juga BMW Personal CoPilot, Park Assist dan Reversing Assist.

Warna badan yang ditawarkan pada X5 adalah Mineral White, Black Sapphire, Artic Grey dan Phytonic Blue.

BMW X2 M35i

Identiti BMW X2 didefinisikan semula dengan gaya M Performance yang memberikan spoiler belakang M Sport, ekzos berkembar M Performance dan rim M Sport 20-inci 721M.

X2 dipacu oleh enjin 2.0-liter Turbo TwinPower, enjin petrol pertama M Performance yang dilengkapi turbo. Kuasa dan torknya adalah 306hp dan 450Nm. Pecutan 0-100km/j boleh dibuat dalam 4.9 saat sahaja dan kelajuan maksima ialah 250km/j.

Sistem suspensi M Sport ditala untuk disesuaikan dengan karakter lasak jentera ini. Buat pertama kali untuk sebuah kenderaan M Performance, pembeda M Sport (M Sport Differential) dipasang pada gear gandar hadapan. Ia dipasang untuk mengurangkan kadar kehilangan cengkaman di bahagian roda semasa pemanduan dinamik.

Gaya sporti diteruskan di dalam kenderaan dengan pakej M yang boleh dilihat pada roda stereng kulit dengan paddle-shifters, tempat duduk sport dan trim pada pintu.

Warna ditawarkan untuk X2 M35i adalah Alpine White, Black Sapphire, Galvanic Gold, Misano Blue dan Susnet Orange.

Alami BMW X5 dan BMW X2 M35i yang terbaharu pada acara BMW X Crew. Ia akan berlangsung di Plaza Arkadia, Desa Park City dari 21 sehingga 23 Jun 2019 nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here