Drag race: Antara BMW S1000RR, McLaren 720S, Ariel Atom 4

3140

Drag race atau lumba pecut memang selalu seronok ditonton walaupun ia bukanlah penentu sebenar prestasi sesebuah kenderaan.

Selain drag race dengan dua kereta yang sengit keputusannya, drag race campuran kereta dan motosikal berkuasa tinggi juga biasa menghasilkan keputusan yang tidak dijangka.



Kali ini, Autocar meletakkan BMW S1000RR untuk lumba drag dengan antara kereta terpantas untuk pecutan 0-100km/j, iaitu McLaren 720S dan Ariel Atom 4.

Spesifikasi BMW S1000RR

Enjin: 1,000cc 4-silinder sebaris
Transmisi: Manual 6-kelajuan
Kuasa: 207hp @ 13,500rpm
Tork: 113Nm @ 11,000rpm
Berat: 208kg
Nisbah kuasa-kepada-berat: 993hp per tan

Spesifikasi McLaren 720S

Enjin: 4.0-liter V8, twin-turbo
Transmisi: Automatik dw-klac 7-kelajuan
Kuasa: 710hp @ 7,500rpm
Tork: 770Nm @ 5,500rpm
Berat: 1,437kg
Nisbah kuasa-kepada-berat: 497hp per tan

Spesifikasi Ariel Atom 4

Enjin: 2.0-liter 4-silinder sebaris, turbo
Transmisi: Manual 6-kelajuan
Kuasa: 310hp @ 6,500rpm
Tork: 400Nm @ 2,500-4,500rpm
Berat: 595kg
Nisbah kuasa-kepada-berat: 520hp per tan

Setiap satu dari kenderaan-kenderaan ini mempunyai kelebihan masing-masing. Walaupun S1000RR jauh lebih ringan dari 720S dan Atom 4, McLaren merupakan model paling berkuasa di sini. Atom 4 pula berada di tengah-tengah antara S1000RR dan 720S dari segi kuasa dan berat.

Drag race ini dilakukan dengan kiraan quarter-mile (400m) dan half-mile (800m). Dari segi teori, sebuah superbike berkuasa tinggi akan ‘melompat’ dahulu dari garisan permulaan kerana mempunyai nisbah kuasa-kepada-berat paling tinggi, iaitu kuasa yang tinggi untuk berat yang tidak seberapa.

Dan kereta berkuasa akan mula mengejar superbike setelah beberapa ketika. Antara McLaren dan Ariel Atom, mungkin McLaren mempunyai kelebihan kerana walaupun Atom lebih ringan, McLaren mempunyai enjin cukup berkuasa dan transmisi dwi-klac yang cekap.

Apa pun, tonton sahaja video ini untuk mengetahui keputusannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here