Mana-mana kaki kereta pasti juga suka main game berlumba kereta. Selain mengisi masa lapang, game kereta kini menawarkan peluang untuk mencuba pelbagai jenis jentera impian di alam maya dan berlumba di pelbagai litar tersohor seluruh dunia.
Pelbagai game menarik ditawarkan tahun 2019. Nama-nama besar seperti GT Sport dan DiRT kini memfokus kepada perlumbaan online, manakala game lain seperti Forza Horizon 4 lebih menyeronokkan untuk pemain santai.
Konsol-konsol seperti Xbox One X dan PS4 Pro pula kini menghasilkan grafik sangat berkualiti tinggi dengan HDR dan 4K – jika anda memasangnya di TV yang betul. Dengan setup yang betul, sama ada anda bermain dengan roda stereng atau alat kawalan jauh konsol biasa, game yang kami senaraikan ini pasti boleh buatkan anda tak keluar rumah!
1GT Sport: Game kereta terbaik pada PS4
Semasa Gran Turismo Sport mula keluar, ia memang bagus, tapi tak hebat. Ia serba tak cukup. Tetapi beberapa bulan dan update percuma kemudian, GT Sport telah menjadi antara game perlumbaan paling menyeluruh pernah dihasilkan.
Senarai kereta dan litar terus bertambah, dan terbaharu ia menambah kereta F1 2017 Lewis Hamilton dan satu litar baharu. Grafik juga menarik. Jika anda ada PS4 Pro dan TV yang menyokong HDR dan 4K, GT Sport akan memberikan grafik terbaik pernah anda lihat – jika tak kira PC gaming.
Tidak seperti game lain, terdapat juga fungsi multiplayer atau komuniti pelbagai pemain yang menarik. Jadi tidak kira anda mencari perlumbaan online berhemah, membuat livery kereta kegemaran anda atau mencari forum untuk berkongsi pemanduan, segalanya ada di sini.
2Forza Horizon 4: Game kereta terbaik pada Xbox One
Senang cerita, Forza Horizon 4 merupakan antara game perlumbaan terbaik anda boleh dapati pada masa ini. Tidak berasaskan suasana dan litar terkawal, tetapi ia menghamparkan anda dengan jalanraya terbuka Britain dengan kereta-kereta paling eksotik.
Ia game jenis arked terbaik sejak Need For Speed: Underground dan Burnout Paradise. Satu-satunya masalah? Ia mungkin bukan untuk mereka yang berjiwa motorsports atau sukan perlumbaan, dan ia hanya untuk Xbox One dan Xbox One X sahaja.
3Dirt Rally 2.0: Terbaik untuk off-road (PS4, Xbox One & PC)
DiRT terkini dari Codemaster tidaklah sempurna, tetapi ia antara game perlumbaan terbaik di luar sana untuk fizik rali. Bila dimainkan dalam 4K penuh, ia memberikan persembahan menakjubkan.
Dengan tambahan lesen penuh untuk siri WorldRX, ia akan menarik banyak peminat motorsport sebenar. Anda perlukan kesabaran dan masa untuk masuk ke dalam DR2, tetapi sekali anda di dalamnya, ia akan memberi satu kepuasan.
4F1 2018 (Xbox One, PS4 dan PC)
Codemaster mengeluarkan game F1 setiap tahun – dan syarikat itu telah menambahbaik semuanya untuk F1 2018 dan ia sememangnya satu peningkatan dari game sebelumnya. Anda boleh jangkakan segala yang kita suka mengenai F1. Dan untuk kali ini, lebih banyak jentera GP klasik dan grafik baharu.
5Project Cars 2 (PS4 dan Xbox One)
Mengikut rapat di belakang GT Sport, Project Cars 2 ialah satu lagi game perlumbaan impresif. Walaupun ia tidak begitu fancy seperti GT Sport, Project Cars 2 mempunyai pilihan kereta yang meluas – dari BMW old skool hingga klasik popular seperti Toyota GT One.
Seperti GT Sport, Project Cars 2 turut menawarkan rangkaian litar-litar lumba dan juga mod pemain tunggal dan multiplayer. Paling menarik? Project Cars 2 ini boleh didapati di kedua-dua platform konsol iaitu PS4 dan Xbox One.
6Assetto Corsa (PS4 dan Xbox One)
Assetto Corsa mungkin tidak mempunyai grafik terbaik untuk jamuan mata anda, tetapi ia menggantikan “kelemahan” aspek itu dengan perkara lebih penting untuk kaki simulator, iaitu fizik kenderaan. Ia boleh membuatkan anda berasa seperti memandu kereta sebenar.
Fizik yang terperinci dan kehausan tayar bermakna anda dapat merasa kereta tergelincir dan membuang di setiap bonggol dan selekoh. Dan tahapnya berubah dalam setiap pusingan. Ini bukanlah untuk pelumba santai, tetapi untuk mereka yang benar-benar ingin merasa bagaimana “menjinakkan” kereta-kereta terpantas di dunia.
Walaupun Assetto Corsa cukup seronok dimain pada controller standard Xbox One atau PS4, ia paling syok untuk dimain (atau dikerjakan?) pada rig dengan stereng dan set pedal kaki. Setup sebegini memberikan anda maklumbalas lebih baik dari permukaan litar melalui stereng.
Walaupun hadir dari studio kecil, Assetto Corsa telah diberikan update yang agak kerap dengan kandungan percuma dan berbayar. Jadi ia ditambahbaik sepanjang masa.