Sempena balik kampung pada cuti Aidilfitri lalu, terlintas di hati penulis untuk memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berikutan mahu mencari jentera yang selesa untuk anak-anak. Kali ini penulis akan senaraikan beberapa buah MPV yang dikira agak murah boleh dibeli melalui Mudah.my.
Harga sebuah MPV baharu dan terpakai bukannya murah dan ia mungkin menjadi beban untuk membayar insuran bulanan yang tinggi. Terdapat beberapa laman web popular yang menjual kereta terpakai (second hand) di Malaysia seperti Mudah, Carlist dan Motor Trader.
Bagaimanapun, berdasarkan carian dalam mudah.my ada juga MPV yang dijual kurang dari RM10,000. Jika dilihat, kondisinya masih lagi cantik dan masih elok.
Jadi, ini adalah senarai beberapa MPV dalam mudah.my yang boleh miliki dengan harga kurang daripada RM10,000.
Naza Ria 2.5 liter – MPV dari Mudah.my
MPV ini sebenarnya adalah rebadge daripada model Kia Karnival yang mana model ini adalah keluaran 2004.
Jentera ini dijual pada harga RM7,800 berdasarkan yang disiarkan dalam mudah.my.
Untuk memilikinya, anda perlu membaca forum-forum terdahulu untuk mengetahui apa masalah yang dihadapinya. Jangan menyesal kemudian hari, selepas memilikinya.
Naza Citra 2.0 GLS – MPV dari Mudah.my
Ini juga adalah model rebadge dari Kia Carens yang mana mempunyai tujuh tempat duduk.
Pada awal pengenalannya, MPV ini sangat popular dan beberapa rakan penulis turut memiliknya. Pada ketika itu, ia dijual pada harga yang cukup kompetitif dengan sebuah MPV.
Menerusi carian Mudah.my, Naza Citra 2.0 GLS ini dijual pada harga RM9,900.
Toyota Unser 1.8 GLi – MPV dari Mudah.my
Selain jenama Korea, ini satu MPV jenama Jepun yang dijual pada harga kurang RM10,000.
Toyota Unser 1.8 GLi buatan 1999 ini mahu dijual pada harga RM9,900. Kalau ikutkan, Toyota Unser ini paling berbaloi untuk dimiliki sekiranya mahu sebuah MPV yang lasak.
Chery Eastar 2.0L
Daripada ketiga-kita MPV di atas, Chery Eastar ini adalah paling ‘muda’ kerana ia hanya baru berumur 9 tahun.
MPV ini adalah keluaran negara China yang mana pada awal 2010, ia dijual RM79,998.
Kini ia dijual RM10,000 berdasarkan carian kami di mudah.my.
Bole mintak no tak