8 aksesori kereta dari Lazada yang wajib anda miliki

8726

Sudah menjadi kebiasaan kereta yang kita beli ditambah dengan pelbagai aksesori atau gajet. Aksesori-aksesori ini biasanya untuk menambah fungsi dan kegunaan asal sesebuah kereta itu dan datang dalam pelbagai jenis dan rangkaian harga. Artikel kali ini mengenai aksesori kereta yang anda boleh beli melalui Lazada.

Ok, jika dulu aksesori sebegini dibeli di pusat pameran atau kedai aksesori, tetapi kini lambakan platform jual-beli atau talian (online) seperti Lazada, Shopee, Carousell dan macam-macam lagi memudahkan kita sebagai pembeli.

Bukan sahaja kerana boleh melihat pelbagai bentuk aksesori, malah dapat membandingkan harga yang sesuai dengan bajet kita.



Berikut kami senaraikan lapan (8) aksesori dan gajet dari Lazada yang wajib ada dalam kereta anda:

1. Dash cam (kamera perakam video)

Dash cam - Aksesori kereta dari Lazada

Dengan trafik yang semakin tinggi di jalan raya hari ini serta pelbagai ragam manusia, risiko kita terlibat dalam kemalangan atau berdepan dengan pemandu tidak berhemah (baca: gila) semakin tinggi.

Dengan adanya dash cam atau kamera perakam video, sebarang insiden dapat direkodkan dan dijadikan bukti untuk rujukan sekiranya perlu. Dash cam hari ini juga semakin canggih dengan pengesan GPS satelit, pengesan gegaran, sambungan Bluetooth serta WiFi dans sebagainya.

Model contoh: Xiaomi Mai 70 Pro
Harga: RM204.90

2. Aksesori lampu suluh LED dari Lazada

Lampu suluh boleh menjadi benda wajib pada kereta anda untuk kegunaan biasa dan kecemasan. Anda dapat menyuluh di celah-celah kenderaan anda ketika cahaya tidak mencukupi untuk mencari barang atau membaiki kenderaan.

Di waktu kecemasan jika kenderaan anda terpaksa berhenti di tepi jalan, lampu suluh LED boleh digunakan sebagai amaran tambahan kepada pemandu lain. Jenis LED ini adalah lebih cerah dan jimat tenaga.

Model contoh: XANES 1301 X-ML T6
Harga: RM24.00

3. Pemantau tekanan angin tayar

Tekanan tayar sebaiknya diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebelum memulakan perjalanan jauh. Tetapi jika perlu ke kedai tayar atau stesen minyak setiap kali pasti agak leceh.

Gajet pemantau tekanan angin tayar ini sangat berguna kerana anda boleh memeriksa pada bila-bila masa sahaja. Ia juga menggunakan tenaga solar, maka sedikit mudah di situ kerana tidak perlu mengganti atau mengecaj bateri.

Model contoh: MicroBang Solar Tyre Pressure Monitoring System
Harga: RM71.09

4. Aksesori penyedut hampagas mudah-alih kereta dari Lazada

Penyedut hampagas mudah-alih sangat berguna kerana seperti namanya – ia mudah-alih dan boleh dibawa ke mana-mana. Ini juga bermakna saiznya lebih kecil dari penyedut hampagas biasa untuk kegunaan rumah.

Dengan hanya menyambungkannya di soket 12V kereta anda, anda boleh membersihkan habuk di lantai, karpet atau celah-celah kabin kereta di mana sahaja. Dan ia sangat murah sekarang, boleh didapati di bawah RM50!

Model contoh: 100W Portable Wet & Dry Car Mini Vacuum Cleaner
Harga: RM33.12

5. Pengecaj kenderaan USB 3.0

Siapa di sini tidak gunakan telefon pintar semasa menaiki kenderaan? Penumpang selalu memeriksa telefon pintar semasa di dalam kenderaan, dan pemandu juga gunakan telefon pintar untuk aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps (pemandu jangan guna semasa memandu!).

Jadi dengan adanya pengecaj USB jenis fast-charging pastinya sesuatu yang wajib. Ia mempunyai kapasiti caj lebih tinggi dan menyediakan 2 atau 3 port USB dari satu sumber kuasa.

Model contoh: UGREEN Quick Charge 3.0 USB Charger
Harga: RM19.99

6. Pemegang telefon boleh-pusing

Yang ini paling biasa dijumpai dalam kereta sekarang, pemegang telefon. Ada yang dipasang pada cermin dan pada papan pemuka. Dan ada yang memegang telefon dengan cara “kepit” dan magnet.

Model contoh: SIMPLYBEST Rotatable Phone Holder
Harga: RM9.38

7. Poket tepi tempat duduk

Aksesori ini jarang kami jumpa, tapi agak menarik untuk ditampilkan. Poket tepi tempat duduk ini adalah jenis nipis untuk anda letakkan di celah-celah antara tempat duduk dengan konsol tengah.

Anda pasti biasa tercicir duit syiling di celah situ dan ia tidak akan dijumpai lagi buat selama-lamanya. Jadi aksesori ini untuk menyelesaikan isu itu.

Model contoh: Catch Caddy Car Seat Pocket
Harga: RM10.50

8. Aksesori penyangkut pelbagai guna kereta dari Lazada

Aksesori penyangkut pelbagai guna kereta dari Lazada

Yang ini tak usah dinafikan lagi, pelbagai kegunaan penyangkut ini. Paling popular di Malaysia adalah untuk sangkut beg plastik bila anda tapau Teh Tarik dan makanan. Selain aksesori sebegini, banyak juga kereta terbaharu yang sudah ada penyangkut pelbagai guna ini siap dari kilang.

Model contoh: Multipurpose Rotating Car Hanger
Harga: RM4.90

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here