Y15ZR Ultraman edisi terhad untuk rider yang ingin kelainan

5164

Yamaha Y15ZR sememangya antara motosikal paling hangat masa kini. Kalau bawak ride hujung minggu atau ronda kampung memang terbaik. Namun kalau anda mahu jadi jejaka lebih hangat, maka Yamaha Y15ZR Ultraman edisi terhad ini sesuai untuk anda. Dan edisi ini khas untuk Malaysia sahaja!

Ia dibangunkan hasil kerjasama Taigaco Sdn Bhd (Taigaco) dan Welly Assorted Sdn Bhd, dan Waisuku Ultraman ini terhad kepada 100 unit sahaja.



Taigaco merupakan ejen perlesenan karakter Ultraman klasik original di Malaysia, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara Asia Tenggara.

Anda boleh milik Y15ZR Ultraman ini pada harga RM12,688 sahaja dan dijual eksklusif di Welly. Untuk setiap pelanggan, motosikal mereka akan didaftarkan dengan nombor pilihan mereka (001 hingga 100) tapi siapa cepat, dia dapat dulu nombor kegemaran.

Anda juga akan menerima sijil ketulenan, kemeja-T Ultraman edisi terhad, poskad Ultraman dan foto belakang tabir eksklusif.

Yamaha Y15ZR Ultraman

Unik kepada Y15ZR Ultraman ini adalah rekaan airbrush (semburan angin) sepenuhnya, emblem edisi terhad, tuil brek dank lac Rapido, penutup enjin Yamaha serta penutup radiator Y15ZR.

Jika berminat, anda boleh mula membuat pra-tempahan sekarang dan kelompok pertama akan mula diserahkan Julai depan.

Pembiayaan pula ditawarkan oleh AEON sehingga 90 peratus dengan faedah serendah 0.65 peratus.

Apa kata anda? Buat peminat Ultraman, semestinya sedang hangat memikirkannya bukan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here