Terkini, pasaran motosikal kelas pertengahan di negara kita mendapat tiga jentera dari Boon Siew Honda .Antara jentera tersebuut ialah Honda CBR500R 2019, Honda CB500F versi Naked dan Adventure Honda CB500X.
Diumumkan harga bagi tiga jentera dari Boon Siew Honda yang baru dilancarkan. Model CBR500R berharga RM34,999 manakala CB500F RM33,999 dan CB500X RM36,099. Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Bagi 2019, ketiga model Honda tersebut datang dengan standard ABS dengan monoshock belakang yang disemak, klac bantuan(assist) dan slipper klac.
Dengan pencahayaan LED dan panel instrumen LCD. Terkini untuk ketiga model pertengahan adalah lampu peralihan yang ditetapkan pada 8,750 rpm dan boleh laras dalam kenaikan 250 rpm antara 5,000 hingga 8,750 rpm.
Enjin 471 cc kembar selari dengan lapan injap, menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa pecutan dengan enam gear kelajuan dan pemacuan rantai.
CBR500R
Direka bentuk dengan gaya yang lebih agresif, seperti CBR1000RR. Fed oleh PGM-FI Honda, salur masuk, ekzos dan injap telah disemak semula bagi menghasilkan 4% lebih kuasa dan torque mid-range.
Juga dengan pelana dan unit ekor yang lebih sempit demi meningkatkan ergonomik penunggang dan pergerakan. Klip hendal pada bahagian bawah kuk atas untuk memberikan kedudukan menunggang yang lebih sporty.
Terdapat tiga pilihan warna untuk Honda CBR500R 2019 – Grand Prix Red, Max Axis Grey Metallic dan Pearl Metalloid White.
CB500F
Model dengan ubahsuai badan yang baru dan direka bentuk untuk menjadi “mesin serba boleh”. Assist dan slipper klac mengurangkan usaha di tuil klac, menjadikan CB500F mudah terutamanya dalam kesesakan trafik.
Honda CB500F 2019 datang dalam tiga pilihan warna iaitu Grand Prix Red, Gun Powder Black Metallic dan Pearl Metalloid White.
CB500X
Perubahan paling ketara pada model ini. Saiz roda hadapan dari 17 inci kepada 19 inci di depan, bertujuan memudahkan pengendalian di permukaan jalan yang tidak rata atau kasar.
Tiga warna di tawarkan bagi model CB500X 2019,Grand Prix Red, Gun Powder Black Metallic dan Pearl Metalloid White.
Honda CBR500R, CB500F dan CB500X akan berada di wakil pengedar Boon Siew Honda Malaysia pada akhir bulan Jun 2019. Jaminan dua tahun atau 20,000 km, yang mana lebih awal diberikan oleh pengilang bagi ketiga-tiga model tersebut.
.