Porsche Macan 2019, berkemampuan 0-100 dalam 6.7 saat

2165

Porsche Macan 2019 diperkenalkan hari ini dengan Premium Package yang memberikannya pelbagai ciri keselesaan dan kemewahan.

Ini termasuklah tempat duduk berkuasa dengan pelarasan 14-arah dan fungsi memori, pakej pencahayaan selesa, Power Steering Plus, Park Assist dengan kamera undur, cermin malap automatik, dan sistem audio BOSE Surround Sound System.



Porsche Macan mempunyai kuasa sebanyak 252hp dan 370Nm dari enjin 2.0-liter turbo yang efisyen. Enjin ini menampilkan geometri kebuk pembakaran yang ditambahbaik.

Transmisi pula ialah PDK dwi-klac 7-kelajuan dan ini membolehkan Macan memecut dari 0 ke 100km/j dalam 6.7 saat sahaja. Jika diberi ruang yang cukup, ia akan memecut sehingga 225km/j.

Sebagai sebuah Porsche, SUV sports ini diberi peningkatan kepada casisnya. Ini ditambah dengan sistem pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM) dan pilihan tayar pelbagai saiz dari 18- hingga 21-inci.

Dari luar, Porsche Macan 2019 mendapat lampu depan LED dengan Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus). Lampu belakang juga LED, dengan rekaan tiga-dimensi dan lampu brek empat-titik. Pembeli boleh memilih empat warna baharu untuk Macan ini iaitu Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan Crayon.

Kelengkapan dalaman Macan terdiri dari sistem Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sesentuh lebih besar iaitu 10.9-inci berbanding 7.2-inci sebelum ini.

Untuk sedikit kelainan, pembeli boleh menambah beberapa kelengkapan pilihan seperti roda stereng sport GT, pakej Sport Chrono dan ionizer udara.

Porsche Macan 2019 ditawarkan pada harga bermula RM455,000 lengkap dengan jaminan empat-tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here