Honda NS-X baharu ini ialah supercar yang menggantikan NS-X 90-an original yang mengubah senario kereta sports pada masa itu.
Walaupun versi baharu ini dikatakan sedikit lambat untuk hadir, ia tetap datang mengekalkan beberapa ciri penting pada NS-X asal dan ciri-ciri lain yang diberikan teknologi terkini.
Selain enjin V6 turbo berkembar di belakang kabin, NS-X ini turut dipacu oleh tiga motor elektrik (dua di depan, satu di belakang) menjadikannya sebuah supercar hibrid.
Honda NS-X baharu ini belum dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia, namun ada beberapa pengimport bebas sudah membawanya masuk.
Unit ini boleh menjadi milik anda pada harga RM1,500,000. Berikut adalah spesifikasi dan maklumat lanjut:
– Unit istimewa dan baharu di Malaysia
– Enjin V6 twin-turbo dengan motor elektrik, kuasa maksima 573hp
– Kelajuan maksima 307 km/j
– Transmisi dwi-klac 9-kelajuan
– Warna putih dengan kulit semi-aniline dan Alcantara, kerusi pelarasan berkuasa
– Rim Interoven eksklusif
– Cakera seramik-karbo dengan angkup brek merah
– Pakej luaran gentian karbon
– Spoiler depan gentian karbon
– Diffuser belakang gentian karbon
– Kemasan ekzos krom gelap
– Penutup enjin gentian karbon
– Headliner Alcantara hitam
– Pakej kemasan dalaman gentian karbon
– Penutup meter gentian karbon
– Kemasan roda stereng gentian karbon
– Bumbung gentian karbon
– Pemijak kaki dan pedal aluminium
– Pakej teknologi
– Audio ELS Studio dengan navigasi
– Pengesan parkir depan dan belakang
– Kamera undur
– Sistem pengasingan bunyi
– Tempat duduk dengan fungsi memori
– Lampu depan LED penuh
– Rim aloi 19-inci depan, 20-inci belakang
Hubungi Eddy (012-5400177) jika berminat.