seorang pemandu “grabfood” di Malaysia tiba-tiba terkenal di media sosial Twitter, kerana menggunakan motosikal yang berbeza dari rider lain.
Pemandu tersebut menggunakan Superbike Ducati Hypermotard 950 untuk membuat “grabfood” berbanding rider lain yang menggunakan motorsikal biasa sahaja .
Melalui akaun Twitter @HerySevani , remaja ini bengkongsi satu video yang menunjukkan beliau memandu superbike tersebut sambil membawa satu kotak hijau yang tertulis “Grab Food”.
“Customer nak lemang, aku beli kan lemang. Jgn takut klau order dgn aku2 buat penghantaran paling cepat dari orang lain” tulisnya dia akaun twitternya .
Ramai nitezen mempersoalkan kenapa remaja ini menggunakan superbike sebagai kenderaan untuk menghantar makanan kerana jentera itu salah satu jenama dan model yang mahal di Malaysia .
“Ianya terlalu mahal jika sekiranya superbike tersebut digunakan hanya untuk menghantar makanan ” – Nitezen
Harga Superbike Ducati Hypermotard 950 di Malaysa boleh mencecah sehingga RM70,000.00 untuk standard model.
Sebagai pengenalan, Hypermotard 950 ini didatangkan dalam dua versi iaitu Standard dan SP, dengan kedua-duanya masih dikuasakan enjin Testastretta 11 937 cc yang sama. Tetapi SP diberikan dengan pelbagai kelengkapan berprestasi.
Hypermotard 950 dijana enjin 937cc Testastretta 11° berkuasa 114hp @ 9,000rpm dan tork 96Nm @ 7,250rpm. Kuasa bertambah 4hp, manakala kilasan tork dicapai seawal 3,000rpm. Ledakan tork yang banyak memberi kelebihan kepada model ini ketika mengambil selekoh. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang diserahkan kepada transmisi manual 6-kelajuan.