Jorge Lorenzo retak tulang belakang

2142

ASSEN, Belanda: Juara dunia tiga kali MotoGP Jorge Lorenzo bakal terlepas Grand Prix Belanda esok dan perlumbaan seterusnya di Jerman selepas tulang belakangnya retak susulan kemalangan pada sesi latihan di Assen semalam.Jorge Lorenzo

Lorenzo terbabas di selekoh tujuh litar ‘Cathedral of Speed’, berpusing empat kali di atas kawasan kerikil.

Dua orang doktor segera membantunya berjalan keluar dari litar dan kemudian dibawa ke hospital menaiki ambulan.



“Dukacitanya @lorenzo99 diisytiharkan tidak cergas untuk saingan #GPBelanda,” kata pasukan Honda di laman Twitter.

Pelumba 32 tahun itu dijangka akan memakai pendakap belakang untuk tempoh beberapa minggu. Dia juga bakal terlepas aksi terakhir MotoGP sebelum rehat musim panas di Sachsenring hujung minggu depan, dan dijangka kembali di Brno pada pertengahan Ogos.

“Akibat kemalangan itu tulang belakang saya retak di T6 dan T8,” kata Jorge Lorenzo.

“Kecederaan ini menghalang saya daripada berlumba di Assen atau Sachsenring. Saya akan terbang ke Lugano dan menjalani rawatan untuk persediaan ke Brno.” – AFP.Jorge Lorenzo

Jorge Lorenzo Guerrero adalah penunggang sukan motosikal Grand Prix Sepanyol profesional. Dia ialah Juara Dunia 250cc 2006 dan 2007, dan Juara Dunia MotoGP 2010, 2012 dan 2015. Beliau kini bertanding dalam kelas MotoGP, menunggang Honda.

Dia menunggang Yamaha dari tahun 2008 hingga 2016. Pada 6 Jun 2018 ia diumumkan Lorenzo akan menyertai pasukan Repsol Honda untuk musim 2019 dan 2020 MotoGP.

Selain tiga gelaran di kelas utama, Lorenzo juga selesai sebagai juara tiga kali. Pada tahun 2012, Lorenzo menjadi pelumba Sepanyol pertama untuk memenangi pelbagai gelaran kelas utama, dan dengan 67 kemenangan kerjaya, dia keenam pada senarai kemenangan sepanjang masa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here