Fabio Quartararo raih kejuaraan podium GP Belanda

1390

Fabio Quartararo menghadiahkan penamat podium kedua buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Grand Prix (GP) Belanda sebentar tadi.Fabio Quartararo

Pencapaian di Litar Assen itu menyaksikan dia meraih penamat podium buat kali kedua berturut-turut. Selepas meraih tempat kedua di GP Catalunya dua minggu lalu.

Namun, pelumba berusia 20 tahun itu mungkin kecewa selepas skrip sama di Catalunya sekali lagi berulang pada perlumbaan di Belanda. Apabila gagal menamatkan saingan selaku juara sekalipun memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali kedua berturut-turut.



Quartararo melengkapkan 24 pusingan perlumbaan di litar itu dengan catatan kurang 9.738 saat di belakang juara, Maverick Vinales yang mencatat masa keseluruhan terpantas, 40:55.415s.

Melengkapkan podium adalah pendahulu keseluruhan, Marc Marquez yang ketinggalan 4.854 saat di belakang Vinales.

Quartararo memulakan perlumbaan dengan baik meskipun dipintas Alex Rins di awal perlumbaan namun Rins yang mengalami kemalangan menyaksikan perebutan juara berlegar antara Quartararo, Marquez dan juga Vinales.Fabio Quartararo

Bagaimanapun, selepas dipintas untuk berada pada kedudukan ketiga, dia nyata tidak mampu menyaingi kepantasan dua lagi pencabarnya. Sebelum menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga untuk mengutip 16 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima sekali gus mengutip 11 mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here