KUALA LUMPUR 4 Julai – Ujian lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang dikenakan kepada pemandu e-hailing tidak sukar jika pemandu terbabit mengulang kaji buku teks serta kursus dihadiri mereka.
“ujian psv adalah tidak susah jika para pemandu mengulang kaji buku teks yang telah diberikan. Dan hadir ke kursus yang ditetapkan perkara ini bergantung kepada sikap pemandu itu sendiri”.
Menurut Pengerusi Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing MAlaysia (Mehda) Daryl Chong, bagaimanapun sikap pemandu itu sendiri yang menentukan sama ada mereka mampu menjawab soalan diberikan atau tidak.
“Ujian PSV patut diduduki oleh semua pemandu e-hailing untuk memudahkan pihak kerajaan menyelia mereka,” katanya.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Lok Siew Fook berkata, pemandu e-hailing tidak perlu khuatir untuk menduduki ujian bagi mendapatkan lesen PSV. Kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah sangat mudah dan logik.
Daryl menambah, perkara seperti keuntungan adalah subjektif dan sangat bergantung pada banyak aspek.
“Jika kita lihat harga ujian itu adalah dalam lingkungan RM200 namun pihak Mehda ada menawarkan inisiatif seperti menyediakan panel sekolah memandu. Yang membolehkan para pemandu menduduki ujian tersebut dengan harga jauh lebih rendah,” katanya.
Menurutnya, pengurusan kewangan yang baik dan sikap pemandu sendiri yang seharusnya mengambil inisiatif dalam mengatasi isu itu akan dapat memastikan kelangsungan mereka dalam bidang ini.