Fast & Furious sedang menyiapkan filem yang akan menjadikannya rekod paling banyak filem dalam satu francais. Dengar tu Land Before Time dan James Bond?
Sangat sedikit perincian yang kita tahu mengenai FF9 setakat ini. Yang pasti Jordana Brewster kembali, John Cena akan menyertai francais dan Baby Brian akan muncul sebagai kanak-kanak.
Sebahagian dari penggambaran dibuat di London, dan tarikh tayangan rasmi ialah 22 Mei 2020.
Sementara menjalani penggambaran di England, Vin Diesel menggunakan akaun Instagramnya untuk kemaskini pantas dan menzahirkan rasa gembiranya kerana meneruskan siri itu.
Di samping video Brewster dan Baby Brian, dia menyiarkan klip rakaman yang nampak seperti babak perang. Tyrese dan Ludacris muncul di video itu, kedua-duanya dilengkapi senjata dan ves kalis peluru.
Terdapat juga Dodge Charger widebody, motosikal vintaj dan bangkai kapal terbang terhempas di belakang.
Diesel menyiarkan beberapa kemaskini sepanjang minggu pertama penggambaran, dan kami menjangkakan ia akan berterusan.
Lihat siaran-siaran tersebut di bawah.