Grand Prix (GP) Jerman dikuasai Marc Marquez

1375

SACHSENRING, Jerman: Pelumba Honda Marc Marquez melebarkan lagi penguasaan dalam kedudukan keseluruhan selepas mengungguli Grand Prix (GP) Jerman buat kali ketujuh berturut-turut, sebentar tadi.GP Jerman

Pelumba berusia 26 tahun dari Sepanyol itu melengkapkan kejayaan berganda selepas adiknya, Alex memenangi perlumbaan Moto2 di litar sama.

Dia mendahului dari awal perlumbaan dan melintasi garisan penamat empat saat lebih pantas berbanding pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan seorang lagi pelumba Honda, Cal Crutchlow.



“Perancangan saya menjadi, saya menikmati perlumbaan selepas berada pada kedudukan pertama,” kata Marquez.

“Kemudian saya memikirkan mengenai adik saya. Saya gembira dengan kemenangan ini dan ini bagus rasanya mengharungi cuti musim panas dalam keadaan sebegini.”

Marquez memperagakan dominasi menakjubkan selepas memenangi 10 perlumbaan di Sachsenring.

Kemenangan pertamanya dilakar pada tahun 2010 menerusi perlumbaan 125cc diikuti kemenangan pada 2011 dan 2012 dalam kelas Moto2.

Dia kemudiannya memenangi semua GP yang berlangsung di Jerman sejak tahun 2013.

Ini adalah kemenangan kelima Marquez dalam sembilan perlumbaan bagi musim ini sekali gus meletakkan dia dalam keadaan terbaik untuk merangkul kejuaraan MotoGP buat kali keenam.

Dia menghimpun 185 mata setakat ini, berkelebihan 69 mata di depan Andrea Dovizioso.

Marc Márquez Alentà (dilahirkan pada 17 Februari 1993) adalah pelumba jalan raya motosikal Grand Prix Sepanyol dan salah satu pelumba motosikal paling berjaya sepanjang masa dengan tujuh kejohanan dunia Grand Prix dengan namanya – lima daripadanya berada di kelas MotoGP utama.

Márquez berlumba untuk pasukan kilang Honda sejak debut MotoGPnya pada tahun 2013. Dia dijuluki ‘Ant Cervera’ di seluruh dunia dan ‘el tro de Cervera’ tempatan di kampung halamannya, yang bermaksud ‘Thunder of Cervera’.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here