Toyota GT4586 Ryan Tuerck ini selamba drift di Goodwood

1807

Toyota GT-86 dikatakan antara kereta sports dengan casis sangat sporti. Ia sengaja diberikan enjin biasa-biasa supaya ia mempunyai potensi besar untuk dimodifikasi atau dinaiktaraf.

Tayarnya juga bersaiz 215/45 sahaja iaitu saiz yang tidak begitu lebar untuk sebuah kereta sports. Ini juga dibuat agar kereta itu mudah untuk hilang cengkaman walaupun pada kelajuan sederahana.

Ferrari 458 Italia pula mempunyai enjin yang dikatakan antara terbaik pernah dihasilkan syarikat itu. Enjin 4.5-liter V8 itu sangat merdu dan pernah memegang rekod mempunyai hp tertinggi per liter, iaitu 132.7 hp per liter.



Jadi, bagaimana jika casis GT-86 yang mantap ini “dikahwinkan” dengan enjin merdu 458 Italia yang mampu rev sehingga 9,000rpm?

Imej: Youtube Donut Media

Maka lahirlah Toyota GT4586 milik Ryan Tuerkcs dan pasukannya. Toyota GT4586 modifikasi gila ini telahpun siap beberapa tahun lepas.

Baru-baru ini ia membuat satu pemanduan drift di Goodwood Festival of Speed di khalayak umum. Selamat mencuci mata dan telinga dengan video di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here