Volkswagen rancang usaha sama keluar kenderaan elektrik

1409

LEIPZIG: Volkswagen (VW) akan menubuhkan syarikat usaha sama dan membantu membiayai pengeluaran bateri bagi menarik pembekal sel menyokong usaha agresifnya mengeluarkan kenderaan elektrik, kata ahli lembaga pengarahnya, Stefan Sommer kepada Reuters.

VolksWagen

VW berkata, ia akan membeli sel bateri 50 bilion euro (RM232.6 bilion) sel bateri dan mengenal pasti Northvolt dari Sweden, SKI, LG Chem dan Samsung SDI. Masing-masing dari Korea Selatan serta CATL dari China sebagai rakan strategik.



“Tidak semua pembekal yakin bahawa mobiliti elektrik akan dibuat pada skala sebesar itu. Anda perlu menghabiskan lebih banyak masa untuk meyakinkan mereka melabur dalam industri auto,” kata Sommer kepada Reuters.

VW berkata, menjelang 2025 ia memerlukan 150 gigawatt jam kapasiti pengeluaran di Eropah dan 150 gigawatt lagi di Asia.

Menjelang 2030, angka ini akan digandakan.

“Pengeluar ini perlu mengutamakan antara mengeluarkan telefon pintar baharu atau membina kilang bateri. Justeru, pengeluar sel bateri akan bertanya adakah jumlah pengeluaran boleh ditingkatkan dengan pantas,” katanya.

Pengeluar kereta Jerman itu sedang mempersiapkan 16 kilang untuk membina kenderaan elektrik dan merancang untuk mula mengeluarkan 33 kereta elektrik. Di bawah jenama Skoda, Audi, VW dan Seat menjelang pertengahan 2023.

Volkswagen

Pengguna agak perlahan menerima kenderaan elektrik dalam jumlah yang besar kerana liputan operasi yang terhad, masa mengecas semula yang panjang dan kekurangan kemudahan mengecas.

Ini membimbangkan pembekal berpotensi.

“Apabila diperkatakan mengenai komponen biasa, pembekal berpeluang untuk menjualnya kepada pengeluar kereta lain, jika VW membeli dalam jumlah lebih kecil. Namun, dengan adanya elektromobiliti yang kita semua tahun, jika ia tidak berhasil untuk VW, ia juga tidak akan berhasil untuk syarikat lain,” katanya.

Disebabkan itu, VW katanya menyediakan pembiayaan kepada pembekal dan berkongsi risiko memasang kapasiti pengeluaran baharu dengan menjadikan kilang sebagai usaha sama.

“Kecenderungannya adalah untuk membuat usaha sama. Pembekal masih lagi bertanya, adakah pasaran akan bermula atau tidak? Dalam masa sama, mereka menyedari ini adalah satu peluang,” katanya. – Reuters

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here