BMW Group jual 241,000 unit kenderaan pada Jun

1164

BERLIN: BMW Group menjual sekitar 241,000 unit kenderaan pada Jun tahun ini, iaitu 0.7 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu, demikian menurut pengumuman pengeluar dari Jerman yang dilaporkan Xinhua news.

“Buat kali pertama, kami menyerahkan lebih 1.25 juta kenderaan bagi separuh pertama tahun ini. Kata Ahli Lembaga Pengurusan BMW, Pieter Nota yang bertanggungjawab kepada pelanggan, jenama dan jualan.BMW Group

Rekod yang dicatatkan pengeluar Jerman itu adalah tertinggi bagi separuh pertama dari segi jumlah jualan kenderaan.



Pada separuh pertama tahun ini, peningkatan jualan BMW lebih kukuh di China iaitu 16.8 peratu. Yang menyumbang lebih satu perempat daripada jumlah jualan keseluruhan syarikat di peringkat global.

Bulan lalu, perniagaan BMW Group di China berkembang lebih 20 peratus kepada keseluruhan 61,600 kenderaan yang diserahkan kepada pelanggan, jelas syarikat itu.

Pemacu utama jualan dan pertumbuhan pada Jun adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipertingkatkan daripada siri X seperti X2, X3 atau X4.

Enam bulan pertama tahun ini juga menyaksikan model siri X menyumbang lebih 43 peratus daripada jumlah jualan global BMW.

Tahun lalu, jumlah jualan berada pada sekitar 36 peratus.

“Sepanjang separuh pertama tahun ini, kami dapat mengatasi trend dan pertumbuhan jualan. Juga mengatasi pasaran sekali gus penguasaan pasaran kami juga meningkat,” kata Nota.

Walaupun BMW menjangkakan jualan kenderaan elektrik meningkat dua kali ganda menjelang 2021 berbanding 2019. Jualan kenderaan segmen itu seperti model BMW i3, susut sebanyak 15.4 peratus pada Jun.BMW Group

pada separuh pertama tahun ini juga, BMW menjual sekitar 1.8 peratus lebih rendah bagi kenderaan elektrik berbanding tempoh sama tahun lalu.

bagi memacu jualan segmen berkenaan, BMW merancang memperkenalkan sekitar 25 model kenderaan elektrik menjelang 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here