HONDA lancar Winner 150 X (RS150R) – menjadi pesaing Ysuku?

3742

HONDA Vietnam sebentar tadi baru saja melancarkan super moped Winner (Malaysia: RS150R) generasi kedua, dipanggil Winner 150 X selepas kecoh diperkatakan peminat permotoran negara itu sejak lebih dua minggu lalu.Winner 150 X

Berdasarkan imej bocor, Winner X tampil dengan rekabentuk baharu sepenuhnya yang lebih sporty dan agresif. Model kali ini memiliki dimensi panjang 2,019mm, lebar 727mm, dan tinggi 1,088mm, manakala jarak roda 1,278mm dan tinggi pelana 795mm

Dimensi Winner X tidak banyak berbeza dengan model terdahulu, cuma tinggi pelana meningkat 15mm (Winner terdahulu, 780mm). Trenkuasa pula masih dijana enjin lama, silinder tunggal 149cc DOHC dengan teknologi PGM-FI bersama transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.



Bagi menjangkau audiens yang lebih luas, Honda Vietnam turut menawarkan versi tanpa brek ABS. Sebaliknya digantikan dengan sistem brek gabungan (CBS). CBS berfungsi dengan mengaktifkan brek belakang jika brek hadapan digunakan secara agresif.

Untuk pasaran Vietnam, Winner X ditawarkan pada harga sekitar VND45,990,000 (RM8,174) untuk varian CBS, VND 48,990,000 atau RM8,700 (grafik camo ABS). Dan varian warna hitam matte berharga VND 49,490,000 (RM8,869) seunit.   Winner 150 X

LEBIH MURAH DARIPADA EXCITER TANPA ABS

Harga standard Winner X di pasaran Vietnam masih lebih murah daripada Yamaha Exciter 150 yang berharga 47 juta dong (RM8,276) untuk varian RC, dan 47.5 juta dong untuk varian GP (RM8,364).

Walaupun menampilkan banyak penambahbaikan, harga Winner 150 X  cuma meningkat lebih kurang 500,000 dong (RM88) bagi varian standard hingga 3 juta dong (528) daripada model lama. Winner 150 X

Lampu isyarat membelok dan lampu belakang yang lebih kecil terdiri daripada lampu LED.

Ekzosnya pula lebih pendek dengan nota bunyi lebih menarik. Pelana direka lebih rata untuk memberi keselesaan kepada penunggang dan pembonceng.

Winner X didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 30,000km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here