Petronas Sprinta kini dalam MotoGP, mula diguna sejak GP Belanda

4576

Petronas selaku penaja utama Petronas Yamaha Sepang Racing Team mengumumkan baru-baru ini Petronas Sprinta kini dalam MotoGP kerana telah berjaya menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta untuk motosikal Yamaha YZR-M1 pasukan itu.

Panggunaan minyak pelincir itu telah dibuat sejak GP Belanda di Assen, dan minyak itu diformulasikan khas untuk karakter jentera Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo.



Ia juga menjadi saat bermakna buat Petronas dengan pengenalan itu apabila Fabio tamat di tempat ketiga dan berjaya menaiki podium di GP itu.

Menurut Noor Afiza Mohd Yusof, Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Jenama Petronas, masa yang diberikan untuk kerjasama Petronas Sprinta dengan pasukan Moto GP itu adalah dua tahun, namun mereka berjaya menamatkan tempoh pembangunan dalam masa kurang setahun.

Quartararo, GP Jerman 2019

Petronas Sprinta kini dalam MotoGP dan minyak enjin itu juga merupakan produk kedua Petronas yang digunakan oleh pasukan Petronas Yamaha SRT itu, produk pertama ialah minyak transmisi Tutela yang mula diguna pada GP Qatar awal tahun ini.

Quartararo, German MotoGP 2019

Pengurus pasukan Petronas Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg berkata, “Kami berbangga dengan keputusan pertama menggunakan Petronas Sprinta dan Tutela. Ia agak menakjubkan untuk melihat betapa cepat Petronas bertindakbalas dengan cabaran-cabaran dalam MotoGP.

“Untuk memperoleh podium kali pertama dengan Sprinta merupakan satu perasaan menarik dan pujian bagi semua yang terlibat dalam projek ini. Kami tidak sabar untuk perkembangan seterusnya dalam musim ini,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here