Setiap manusia mempunyai motosikal idaman masing-masing, ada yang meminati jenama Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.
Boleh dikatakan rata-rata lebih meminati jenama daripada Jepun, seperti Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki kerana harganya tidak terlalu mahal berbanding produk Eropah.
Jika di litar lumba yang banyak selekoh, keupayaan motosikal agak subjektif. Ini kerana ia dinilai pelbagai aspek membabitkan skill penunggang, suspensi dan banyak lagi.
Jadi untuk menilai keupayaan sebenar motosikal, ujian drag sangat sesuai seperti yang dilakukan bagi model Yamaha R1 dan Aprilia RSV4 Factory 1100 dalam video di bawah.
Bagi Yamaha R1, ia menggunakan enjin empat silinder sebaris berkapasiti 998cc yang menyalurkan 200hp dengan tork setinggi 112Nm.
Untuk jenama Itali pula, Aprilia RSV4 Factory 1100 dijana enjin V4 berkapasiti 1,078cc yang menghamburkan 217hp dengan tork mencecah 122Nm.
Di atas kertas sudah pasti Aprilia RSV4 Factory 1100 memiliki kelebihan kerana memiliki output dan tork lebih tinggi.
Bagi mengetahui kepastinya, jom kita tonton video di bawah: