Saksikan Toyota Supra dipandu The Stig di litar Top Gear

1762

Toyota Supra dipandu The Stig baru-baru ini di litar Top Gear di Dunsfold Aerdodrome, Surrey, UK untuk catatan masa.

Toyota Supra mungkin menjadi kontroversi kerana kaitannya yang kuat dengan BMW, namun tidak dinafikan ia suatu nama kereta sports yang lagenda dan menjadi perhatian.



Setelah Toyota Supra dipandu The Stig itu dilihat bagaimana kelajuan dan kelincahannya di litar, boleh dikatakan Supra ini agak pantas untuk mencatat masa 1 minit 23.1 saat.

Porsche 911 (997) GT3. Imej: CAR Magazine

Sebagai perbandingan, ia menyamai catatan masa Porsche 911 GT3 generasi 997 (keluaran 2006-2011) dan Maserati Gran Turismo MC Stradale.

Ia juga sepantas kenderaan yang jauh lebih mahal seperti Mercedes SL65 AMG Black Series (1:23.0), Ferrari F430 (1:22.9) dan Lexus LFA (1:22.8) walaupun Lexus itu dipandu ketika litar basah.

Dapat dilihat juga bahawa Toyota Supra 2019 ini boleh pergi lebih laju sedikit dan beberapa milisaat dapat dipotong dengan penambahbaikan di beberapa kawasan, namun secara kesluruhan, catatan masa yang agak baik.

Toyota Supra A90 dipacu oleh enjin 3.0-liter turbo enam silinder sebaris yang menjana 335hp dan 495Nm tork. Hanya transmisi automatik 8-kelajuan yang boleh dipilih, walaupun ada kedengaran versi manual disediakan untuk pasaran Jepun.

Toyota Supra 2019 ini juga dijangka hadir di pasaran Malaysia tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here