Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM), anak syarikat Hino Motors, Ltd., telah memperkenalkan trak berat Hino 700 Series dengan transmisi AMT .(automated-manual transmission).
Ciri yang ditunggu ini diperkenalkan kerana permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan fleet, dan ditawarkan pada tiga variasi 700 Series, iaitu 4×2, 6×2 dan 6×4.
Menurut Atsushi Uchiyama, pengarah urusan HMSM, pelancaran ini menjadikan Trak berat Hino 700 Series dengan transmisi AMT mereka lebih bijak, selamat, mudah dioperasi dan menjimatkan bahan api.
TIV (total industry volume) kenderaan berat prime mover adalah antara 1,200 hingga 1,500 unit setahun. Permintaan untuk kenderaan dengan transmisi AMT adalah 50 peratus lebih tinggi.
Ini kerana ia mampu memberikan kelebihan dari segi pengurangan penggunaan bahan api dan keselesaan pemanduan.
Transmisi yang digunakan ialah jenis mechanical auto synchromesh ZF16 16-kelajuan dengan bantuan kuasa. Ini mampu mengurangkan beban kepada pemandu.
Terdapat juga mod sequential untuk situasi pemanduan yang memerlukan pemandu memilih gear tertentu.
Hino 700 Series dipacu oleh enjin 12.9-liter Euro 3 turbo common-rail yang menggunakan sistem brek angina penuh untuk tindak balas brek lebih baik.
Enjin ini boleh diisi dengan B10 Biodiesel tanpa sebarang masalah atau perubahan komponen walaupun ia dibangunkan dan dipasang di Jepun.
Dari segi keselamatan dan kemudahan penggunaan, trak ini dilengkapi rekaan cab yang direka untuk lebih mudah diguna dan dilihat keluar, sistem brek ABS, palang impak pintu berketeguhan tinggi dan perlindungan under-run depan.